Sepatutnya pagi ni nak briskwalk kat Taman Tasik Shah Alam. Sekali tak jumpa pulak kad touch n go dalam kereta Kak Widad masa dalam perjalanan. Divert terus ke Central Park Setia Alam. Boleh je kalau nak ke Shah Alam tanpa guna jalan tol, cuma jauhlah sikit nak pusingnya.
Taman Setia Alam ni ramai Chinese auntie dan uncle yang buat senaman pagi. Ada beberapa grup seperti tai-ci, praise dance, senamrobik dan ada yang santai² buat exercise secara perlahan.
2 kali ikut trek luar taman di tepi jalan besar
Setelah berjimba² 2 kali weekend, kena juga gigihkan diri keluarkan peluh.Balik Kak Widad nak cari gerai/kedai jual laksam tapi tak jumpa. Mungkin kena ke area Setia Taipan tapi malas pula nak pergi jauh. Makan je apa yang ada di Warung Che Amah.
Ibu ambil soto RM8Kak Widad ambil mi goreng separuh (ehhh.. tak sampai pun ½) berharga RM3. Sambal paru RM1.50
Bila tengok harga kat papan tanda, mi goreng RM6ðģðģ
Kuih sepotong RM1 (terkujat juga masa nampak harga kat kaunter)
Fuhhhh... terasa kayangan betul harga makanan kat Setia Alam ni.
Saje nak letak sini lunch ibu kat kantin syarikat hari Rabu lepas. Lauk tongkeng ayam goreng 3 ketul, udang dan sayur peria baru RM6. Ibu jarangkan lunch kat ofis sebab lebih suka nap dari makan tapi sebab dah lapar, turun juga ke kantin. Kantin tak bolehlah jual mahal sebab ada subsidi air dan elektrik.Sebenarnya semalam plan dengan Bami dan Kawi hari ni nak pergi cari Nasi Lemak Wanjo. Dah beberapa kali Kawi request. Bila fikir² balik malaslah nak jalan jauh walau Bami kata bukan ibu yang drive pun. Kawi pun lepas sarapan dah mengantuk, nak balik rumah sambung tidur. Bami plak semalam kan demam jadi biarlah hari ni tambah rehat. Lagipun esok nak balik Unisza.Pagi ni berjaya menyemai pokok pandan. Balik tadi terus singgah rumah nenek, cabut 4 pokok dan tanam dalam pasu kat rumah. Sebelum ni ada je pokok pandan memang hidup subur, gemuk dan daun lebar². Disebabkan terlalu banyak dan kawasan jadi sejuk, itu yang ular masuk rumah. Terpaksa buang semua. Tanam kat tepi parit, pun sama... gemuk² tapi terpaksa dibuang sebab nak buat parit besar. Lepastu malas dah nak tanam.
Masalahnya setiap kali nak masak kena petik kat rumah nenek... kadang kita nak cepat. End-up memang kena tanam juga lah ni. Harap bila akarnya dah banyak nanti bolehlah pindahkan kat tanah.
Nak tegur gak, mahalnya soto tu ðĪ Rupanya mmg semua mknn agak pricey ye. Ikut tempat jugaklah kan...
ReplyDeleteSy pun pernah dengar ular suka pokok pandan. Sy skrg beli & frozen kan je. Dah byk kali try tanam, tak hidup huhu
Mungkin kejiranan Setia Alam ni under Shah Alam automatik barang pun mahal huhu..
DeleteUlar suka tempat sejuk dan redup. Menarik juga pandan difrozenkan tu.
Sebab tu balik rumah mak, nak ambik pandan, kita jadi seram... ð ð
ReplyDeletekihkih.... ambik yang tepi-tepi je Linda.
DeleteKalau ambil pandan yang merimbun memang seram, gunting yang paling luar je.
ReplyDeleteBetul tu kak... ambik yang luar je.
DeleteIhhh sukaaaa briswalk dengan banyak pohon begitu ðððð. Mata pun jadi segar.
ReplyDeleteSaya penasaran juga rasa laksam di tempat lain. Waktu tuh kan udah coba laksam di Two Sons KLCC. Sedaap sangat. Tp pengen tahu rasanya di tempat lain.
Nasi lamk wanjo kesukaan adik saya. Kalo saya kurang Krn tak pedas ð . Tp adik saya Krn tak suka pedas, jadi memang sesuai dengan nasi wanjo
Akak belum pernah makan laksam kat tempat high end lagi Fanny. Biasa makan kat kedai-kedai tepi jalan je, kampung style ð
Deleteoo.. kurang pedas ye sambal nya.
pokok pandan Pak Zain pun merimbun..kalau nak amik..amik yang atas2 je..risau nak amik belah bawah...
ReplyDeleteAmbik yang tepi-tepi lepastu bila dah gondol nampak terang sikit.. boleh lah ambil yang belah dalam plak. Tapi tu lah.. mesti nak bayangkan bukan-bukan ð
Delete