Pages

Saturday, November 9, 2024

Riadah Sabtu Di Eco Ardence

Pagi ni morning walk di sekitar tasik Eco Ardence. Ini pertama kali riadah di sini sengaja mencari route baru. Tasik ni tak besar hanya 1 km satu pusingan. Terpaksalah buat 5 pusingan untuk dapatkan 5km. 

Masa pusingan ke 4 sengaja jalan ke luar taman sebab bila dah 3 pusingan tu agak bosan. Bila keluar taman sama gak jaraknya hanya 1km sahaja.

Depan tu rumah² kayangan.

Disebabkan pertama kali datang taman ni 1st round ibu ambil gambar dulu. Lagipun masa ni tak ramai lagi orang.

Tasik buatan. Walaupun air tasik berwarna teh susu tapi tasiknya bersih.

Ini laluan luar tasik.

Geng² senaman tari. Masa ibu lari ada muzik ala² cerita Bruce Lee ibu tak ingat tajuk apa. 

Gambar ni dah tak tersusun aturannya. Leceh nak susun sebab guna HP. 



Depan tu kondo mewah. 

Ehh.. ada plak itik kat sini.
Taman ni mesra haiwan jadi adalah few pengunjung bawa anjing berjalan².

Pagi yang cool.

Kawi dah pesan lepas ni taknak riadah kat sini lagi dah sebab bila taman kecil kena pusing banyak kali agak membosankan. Kawi kan biasanya briskwalk/jog 7-10 km.

Mungkin lepas² ni BW di Taman Tasik Shah Alam atau Eco Grandeur je. 
 

4 comments:

  1. Besar..cantik dan nyaman je kat sini....seronok jogging ni...pemandangan pun menenangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah siang crowded sikit lagipun saiz track tak berapa lebar.
      Tempat tumpuan warga Eco Ardence dan Setia Alam.

      Delete
  2. Saya sama macam Kawi, kalo pusingan terlalu kecil, bosan langsung. Jadi mending yang besar atau memang banyak yg bisa dilihat.

    Baguuus padahal tempatnya ya kak. Sepiii pula. Saya suka yg begini, tak susah nak menghindar dari Orang2 kalo terlalu ramai 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepi sebab masih awal sekitar jam 7 pagi. Hampir jam 8 sudah mulai ramai tapi masa tu kami hampir selesai.

      Delete