Pages

Sunday, December 10, 2023

Cerita Sabtu dan Ahad

Sabtu pagi dapatlah briskwalk 5km kat Dragonfly. 
Bila nak balik jumpa Cik Baya dan Cik Man...ehhh... dah 8.30 am baru sampai. Haaa... gitu ler bila cik misi shift malam balik pagi tapi still nak keluarkan peluh. Caiyookkk

Sampai rumah goreng pisang nangka yang nenek bagi Jumaat petang. Dapat sepinggan penuh. Makan dengan kicap cili. Ibu lagi suka makan plain sebab pisang ni dah cukup masak. Manis dan sedikit masam. Ibu paling suka pisang nangka sebab kombinsi rasanya.

Tengahari panggang ayam je. Malam tak masak sebab ayah dapat berkat dari surau.

Ahad pagi tak keluar jog jadi ibu buat nasi lemak.
Sambal cumi-cumi beli yang kering masa di Serikin.

Hahhhh... makanlah sampai malam. 
Ayah plak breakfast dengan geng2 SAS.

Nasi lemak dengan teh chrysanthemum dan jujube.

2 hari memang nak relax di rumah je.


 

Projek Rumah Mini : Sewakan Rumah & Kos Keseluruhan

Last entry untuk Projek Rumah Mini. Rasa gambar ni dah lama ambil, masa serahan kunci beberapa bulan lepas. Simpan sini sebagai kenangan. Alhamdulillah kami telah menerima masuk penyewa. Sebelum tu kami ada buat beberapa selection. Ramai yang datang bertanya walaupun masa tu rumah tak siap lagi. Ada yang tanya pada jiran-jiran dan kenalan. Tiba-tiba dapat banyak mesej bertanyakan tentang rumah sewa. Mungkin ada yang bertanyakan no telefon kami dari kontraktor sendiri atau jiran-jiran. Masa tu ibu ayah tak boleh janjikan bila siap sebab nak betul-betul ready untuk release rumah. Ayah pula ada masukkan iklan dalam grup FB Rumah Sewa kawasan kami. Iklankan 2 hari je. Bila dah terlalu ramai mesej terpaksa keluarkan iklan tersebut.

Alhamdulillah bulan November 2023, penyewa sudah mula masuk. Ada yang lock awal dengan membayar deposit penuh tapi nak masuk bulan December 2023. 


Saturday, December 9, 2023

Projek Rumah Mini : Pasang Pagar, Pam Air dan Kebocoran

Dari rumah siap dan serahan kunci kami ambil masa untuk membawa penyewa masuk sebab nak setelkan beberapa perkara. Kami perlu check kalau ada kebocoran dan hal-hal lain yang berbangkit.

Kerja-kerja pasang pagar dan pam air ni dah lama sebenarnya dalam bulan Oktober haritu tapi ibu lupa nak masukkan. 

Progres lain ada di sini.


Kami minta kontraktor yang sama untuk buatkan pagar.

Pagar ni kat rumah hujung je. Risau pulak kalau dibiarkan kosong sebab bawah tu kawasan perumahan kejiranan. Kiri kanan tanah kami tak decide untuk pasang pagar. Nanti tengok macamana bila pemilik rumah Lot 3 dan Lot 5 nak buat atau tidak. Masa tu bolehlah kongsi kos.

Kerja-kerja pemasangan pam dan tangki air.

Kami perlu pasang pam air dan tangki sekali kerana tekanan air rendah ke rumah-rumah mini ni. Walaupun kami gunakan paip air yang bersaiz lebih besar ia tak menjamin air kuat๐Ÿ˜. Begitulah bila banyak perumahan mula dibina di kawasan kejiranan.
Tangki air hanya letak di luar rumah. Tak adalah nak pasang kat atas bilik air sebab atas syiling tu tak mampu menampung kapasiti tangki air ni.

Rumah kami pun sama bila awal pagi dan petang nak ke Maghrib tekanan agak rendah tapi kalau tak guna pam pun masih keluar air. Sudah biasa jadi kami masih boleh tolerate dengan hal tersebut. Tambahan di setiap bilik air kami menyediakan tong air. Kadang geram juga bila nak masak, tekanan air rendah... hilang mood. Sebelum ni memang ada pasang pam tapi bila rosak tak ganti lagi ๐Ÿ˜

Nak sewakan rumah kepada orang, tuan rumah kenalah sediakan fasiliti yang sempurna. Itu yang kami decide pasangkan pam. Cuma nanti penyewa kena pandai manage pam tersebut sebab ia pasti menggunakan tenaga elektrik yang lebih. Waktu yang tak peak boleh  je mereka tidak gunakan.

Satu hal lagi, masa rumah mini siap bukan musim hujan jadi tak boleh nak check jika ada kebocoran. Kebetulan musim hujan mulai bulan 8 atau 9 haritu jadi barulah kami buat inspection lagi. Itupun dah sebulan baru pergi check... adoiii...sebenarnya terlupa ๐Ÿคช
 

Bila hujan lebat dan berpanjangan, dapatlah detect ada bumbung yang tidak dipasang dengan betul hingga menyebabkan kebocoran di bahagian siling rumah.
Bocor ni di rumah no. 3 bahagian dapur.

Ini pula di rumah no. 1 bahagian ruang tamu.

Kami terus laporkan kepada Maria kontraktor rumah. 
Pantas je Maria arahkan pekerjanya baiki bumbung dan tampal semula siling pada keesokkan hari nya.
Alhamdulillah.. elok dah semua.

Masa nak serahan kunci tu kami ada bertanyakan jika ada berlaku kebocoran akibat hujan sebab masa tu tak dapat check. Beliau mengatakan tak perlu bimbang, beritahu sahaja jika ia berlaku.
Beliau mengotakan janjinya tanpa sebarang alasan malahan cepat bertindak.
Alhamdulillah, dapat kontraktor yang sangat jujur dan amanah.

Begitulah cabarannya bila buat rumah sendiri.

Google TV Panasonic MX650 65 inci

Masa ngopi di Laman Kopi dan bersembang-sembang ibu suarakan kat ayah untuk beli TV. Duit performance bonus yang diterima bulan Julai belum usik lagi jadi why not beli something. Ambil lah sikit, yang lain boleh simpan untuk kegunaan lain. TV yang ada pun dah kasihan, wayar connection pun kadang-kadang loose.

Impromtu je terus ke Kedai Onking di Setia Alam. Tak adalah pulak nak survey kedai lain sebab situ after sales service dia bagus. Company pun kalau beli hadiah memang ke situ je.

Belek-belek lah TV yang ada kat situ. Ibu tak tau sangat serah kan kat ayah je. Ada few brand dengan features masing-masing.
End up kita ambil Smart TV Panasonic MX650 bersaiz 65 inci.
Selepas nego harga yang diberi RM3,000

3/12/2023 order, 4/12/23 sampai.

Puas hati lah dengan kelebaran 65 inci ni.

Terima kasih TV lama kerana telah berjasa.

FEATURES
・Android TV (LX650)
・Google TV (MX650)
・Data Broadcasting: Hbb TV (MX650)
・Google Assistant - Do more on your TV with your voice
・HDR Bright Panel - Brilliant contrast
・4K Colour Engine - Colour performance and crisp motion clarity
・Surround sound - Big screen entertainment with sound
・Game Mode - Be at one with on-screen gaming action
・2 Years Warranty

Friday, December 8, 2023

Ngopi di Laman Kopi

Bila tinggal berdua, ibu ayah cari masa untuk minum petang bersama. Lepas hantar Abang Imi last week, ayah decide untuk minum petang. Pilihan kali ni di Laman Kopi yang terletak di Kampung Bukit Cherakah. Cafe² kat situ mulai dibuka jam 6 pm. Masa kami sampai mereka sedang menyusun kerusi dan meja namun sudah sedia mengambil order.

Wednesday, December 6, 2023

Tahniah Imran

Isnin 4/12/2023 adalah Hari Konvokesyen UTHM Abang Imran. Cucu/anak buah pertama dalam Shohari Clan yang menerima Ijazah. 

Makngah simpan sini buat kenangan. Semoga adik² cousin akan mengikuti langkah.

Tahniah Abang Imran.
Terima Anugerah Naib Cancelor.
Berjaya memperolehi Kelas Pertama, Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan Mekanikal Dengan Kepujian
Wowww sangat... 1st class course yang tough
Tahniah Imran atas usaha selama ini, dapat menggembirakan umi dan ayah

Tuesday, December 5, 2023

Kuching 2023 : Day 4 - Sehingga Ketemu Lagi

Lega dah... last entry nak tulis. Kena habiskan cepat² cerita di Kuching. Kalau lambat jadi lemau dan hilang excitement untuk menulis. Tambahan pula minggu ni minggu closing dan ibu akan balik lewat. 

Kami sampai di airport jam 11 am. Ayah setelkan kereta sewa. Since pejabat kereta sewa pun berdekatan, sekejap je lah agent sampai. Kami bertiga masuk dulu. 

Kat sini beg² kena check kastam dulu baru bawa untuk check-in kargo.

Malam sebelumnya ibu dah buat apps check-in. Kat Kuching International Airport tak ada kiosk MAS untuk print boarding pass. Perlu pergi ke kaunter. Wahhh..  senang. Semua buat disitu. Print boarding pass, tag dan check-in bag. Hanya berikan booking number kepada petugas kaunter.

Masa nak check-in tu ramai lah pulak. Ada grup budak-budak sukan water polo. Kami masih punya waktu. Flight 1.30 pm.