Masa ngopi di Laman Kopi dan bersembang-sembang ibu suarakan kat ayah untuk beli TV. Duit performance bonus yang diterima bulan Julai belum usik lagi jadi why not beli something. Ambil lah sikit, yang lain boleh simpan untuk kegunaan lain. TV yang ada pun dah kasihan, wayar connection pun kadang-kadang loose.
Impromtu je terus ke Kedai Onking di Setia Alam. Tak adalah pulak nak survey kedai lain sebab situ after sales service dia bagus. Company pun kalau beli hadiah memang ke situ je.
Belek-belek lah TV yang ada kat situ. Ibu tak tau sangat serah kan kat ayah je. Ada few brand dengan features masing-masing.
End up kita ambil Smart TV Panasonic MX650 bersaiz 65 inci.
Selepas nego harga yang diberi RM3,000
Puas hati lah dengan kelebaran 65 inci ni.
Terima kasih TV lama kerana telah berjasa.
FEATURES
・Android TV (LX650)
・Google TV (MX650)
・Data Broadcasting: Hbb TV (MX650)
・Google Assistant - Do more on your TV with your voice
・HDR Bright Panel - Brilliant contrast
・4K Colour Engine - Colour performance and crisp motion clarity
・Surround sound - Big screen entertainment with sound
・Game Mode - Be at one with on-screen gaming action
・2 Years Warranty
No comments:
Post a Comment