Pages

Sunday, December 10, 2023

Projek Rumah Mini : Sewakan Rumah & Kos Keseluruhan

Last entry untuk Projek Rumah Mini. Rasa gambar ni dah lama ambil, masa serahan kunci beberapa bulan lepas. Simpan sini sebagai kenangan. Alhamdulillah kami telah menerima masuk penyewa. Sebelum tu kami ada buat beberapa selection. Ramai yang datang bertanya walaupun masa tu rumah tak siap lagi. Ada yang tanya pada jiran-jiran dan kenalan. Tiba-tiba dapat banyak mesej bertanyakan tentang rumah sewa. Mungkin ada yang bertanyakan no telefon kami dari kontraktor sendiri atau jiran-jiran. Masa tu ibu ayah tak boleh janjikan bila siap sebab nak betul-betul ready untuk release rumah. Ayah pula ada masukkan iklan dalam grup FB Rumah Sewa kawasan kami. Iklankan 2 hari je. Bila dah terlalu ramai mesej terpaksa keluarkan iklan tersebut.

Alhamdulillah bulan November 2023, penyewa sudah mula masuk. Ada yang lock awal dengan membayar deposit penuh tapi nak masuk bulan December 2023. 



Gambar gelap sebab ambil di pagi hari dan hujan renyai-renyai.

Ibu simpan gambar-gambar dalam rumah di sini juga.
Dalam rumah ambil gambar satu je sebab design luar dan dalam semua sama.

Ruang tamu.

Lampu pun kami ambil standard sahaja, kalimantang instead of downlight.
Senang kot penyewa nak tukar.

Kipas KDK je yang paling trusted kami guna setakat ni ataupun Panasonic.

Bilik no. 1

Bilik no. 2

Rasa takde konsep main bedroom sebab semua bilik berkeluasan sama. Pandai-pandai lah penyewa nak jadikan bilik mana sebagai bedroom.

Ruang makan dan dapur.
Open concept.

Ibu suka konsep tingkap besar ni, nampak ruang dalaman luas walau rumah bersaiz mini.

Bilik air.

Hanya guna pintu plastik sebab saiz bilik air ni pun kecil sahaja. Complete dengan paip tandas, shower dan paip untuk mengambil wuduk. Kami tak letak sinki dalam bilik air untuk menjimatkan ruang.

Shower letak yang besar tapi tak boleh lah macam kat hotel tu 😂

Table top yang kontraktor sediakan.

Model rumah dengan payung rainbow!

Untuk rekod tentang kos rumah yang dibina.

1 kaki RM100

Simpan sini sebagai rujukan.


Alhamdulillah, dapatlah kami bina rumah kecil tanpa pinjaman.



 Harapan kami agar penyewa-penyewa menjaga rumah tersebut dengan baik 😍

No comments:

Post a Comment