Pages

Wednesday, July 19, 2023

Projek Rumah Mini : Progres 1 - Kerja-Kerja Asas Pertapakan, Beam Bawah Dan Lantai

Ibu simpan dalam blog lah perjalanan menyiapkan 3 unit Rumah Comel - RC (Kontraktor Maria bagi nama 😁😁). Sebelum ni ibu dah pernah cerita tentang pembelian tanah di sini.

Since setahun lepas kita dok mencari-cari kontraktor bagi menyiapkan RC. Ada lah lagi masa sebab kita tunggu keluarkan wang dari akaun 2, EPF. Dok intai-intai juga beberapa RC di sekitar kawasan rumah. Sehinggalah sebelum bulan puasa, jiran sebelah rumah buat RC di bahagian belakang tanah mereka. 39 hari siaplah sebuah RC yang bagi kami amat sempurna. Ayah lah dok ushar tuan rumah, tanya itu ini dan berjumpa sendiri dengan kontraktor rumah tersebut. Ibu pun lawat rumah dan kami sepakat untuk guna kontraktor yang sama.

Kami jangka untuk mereka mulakan kerja seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri. Tetapi kontraktor kata dah boleh mulakan.. masa tu seminggu sebelum raya. Menurut beliau, masa tu musim panas jadi senang jentera pengaut buat kerja korek dan sebagainya. Oh ya... masa kontraktor tu datang rumah nak diskus, ibu sedikit cuak lah bila mendapati beliau merupakan warga Indonesia walaupun sudah 23 tahun bekerja di Malaysia. Dari segi perbualan nampak memang cekap lah ditambah dengan projek perumahan yang beliau buat. Katanya kalau nak buat perjanjian pun boleh. Bila sembang-sembang dengan Atuk Leh, Atuk Leh pun kenal kontraktor ni dan ada buat rumah untuk kawan-kawannya. Ok lah.. 

Perkara pertama yang dibincang adalah kos sekaki rumah. Ayah minta design exactly sama dengan RC Amar, jiran kami. Harga pun nak yang sama hahaha.. setelah ayah survey few kontraktor, ini yang paling affordable. Juga tentang progres payment dan pelan rumah. Ada yang kontraktor dan kami tambah itu ini bagi melengkapkan RC.

Disebabkan ini kali pertama ibu keluarkan duit sendiri (ayah juga 😂) untuk buat rumah maka ada sedikit excited untuk diceritakan 😁, juga sebagai memori. Ayah pula dah ada experience bila menyiapkan rumah yang kita duduk sekarang. Masa tu ayah kan gaji lebih (sebab kerja syarikat O&G 😅) jadi ayahlah yang paling banyak keluarkan modal. 

Sabtu, 15/4/2023

PROGRES 1 : BERMULANYA KERJA-KERJA ASAS PERTAPAKAN, BEAM BAWAH DAN LANTAI

















 Gambar-gambar ni ibu ambil dari status kontraktor. Setiap hari tanpa culas, beliau akan update dalam status whatsap nya. Jadi bolehlah kami mengetahui progres RC. Boleh je ambil gambar di tapak RC tapi dah ada yang update, kita lagi senang. Tapi, boleh dikatakan hampir setiap hari kami jenguk RC. Seronok pula tengok progres yang dijalankan.

Surprisingly, diorangnya KPI setiap progres mungkin seminggu kot, sebab cepat je siapnya. Daily work, non-stop. Ahad dan cuti am pun mereka kerja. Haritu masa HRP, sehari je mereka cuti.

2 comments:

  1. Sa yang tengok gambar pun turut excited sangat tengok progress kat entry ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SA, macam tu lah perasaan excited nya kami bila tiap hari tengok progres.

      Delete