Pages

Sunday, December 10, 2023

Cerita Sabtu dan Ahad

Sabtu pagi dapatlah briskwalk 5km kat Dragonfly. 
Bila nak balik jumpa Cik Baya dan Cik Man...ehhh... dah 8.30 am baru sampai. Haaa... gitu ler bila cik misi shift malam balik pagi tapi still nak keluarkan peluh. Caiyookkk

Sampai rumah goreng pisang nangka yang nenek bagi Jumaat petang. Dapat sepinggan penuh. Makan dengan kicap cili. Ibu lagi suka makan plain sebab pisang ni dah cukup masak. Manis dan sedikit masam. Ibu paling suka pisang nangka sebab kombinsi rasanya.

Tengahari panggang ayam je. Malam tak masak sebab ayah dapat berkat dari surau.

Ahad pagi tak keluar jog jadi ibu buat nasi lemak.
Sambal cumi-cumi beli yang kering masa di Serikin.

Hahhhh... makanlah sampai malam. 
Ayah plak breakfast dengan geng2 SAS.

Nasi lemak dengan teh chrysanthemum dan jujube.

2 hari memang nak relax di rumah je.


 

No comments:

Post a Comment