Pages

Friday, July 21, 2023

Projek Rumah Mini : Progres 6 - Kerja-Kerja Mengecat, Pemasangan Tile, Daun Pintu, Daun Tingkap, Dan Peralatan Bilik Air

Progres ke 6 ni pun jarang dah kami lawat tapak projek 😄. Tunggu Maria update je. Kesibukan mengisahkan Wafi membuatkan kami melupakan sekejap projek RC ni. Progres ni start 1st week bulan Jun hari tu dan selesai awal bulan Julai.


Sebelum pasang siling.

Mereka pasang siling, biasa jelah kami takde tambah buat sililng gypsum tu.
Less is more!


Kerja-kerja cat siling di bahagian luar.

Di dalam buat base lantai sebelum pasang tiles.

Kaler kat dinding atas tu lah yang kami kisahkan sebab kaler tu akan jadi permulaan untuk kami pilih konsep keseluruhan  kaler rumah.










Kerja-kerja buat longkang dan saliran.





Pasang daun tingkap.

Tile tu pun kontraktor yang pilih. Boleh je kalau kita nak ambil kaler lain atau corak lain asalkan harga sama. Kami beritahu Maria follow je rumah contoh.



Pasang tiles lantai.

Table top pun mereka bagi beserta sink.
Kepala paip kita beli sendiri atau boleh je minta Maria belikan. Nak jimat beli lah sendiri 😁


Kanan bilik air manakala kiri tu dapur.



Kerja-kerja cat siling.

Pekerja mengecat dan pasang tiles adalah dari team yang berbeza. Juga untuk kerja-kerja lain seperti pasang tiang, pasang bumbung, ikat bata.
Mereka ni bila dah siap kerja bahagian mereka akan berpindah ke tempat projek yang lain.
Itu yang nampak ramai bila mereka buat kerja. Petang bila ibu balik kerja nampaklah banyak motor mereka ni



Pintu bilik bukan solid, hanya pintu luar je.



Peralatan bilik air semua kami beli sendiri untuk jimat kos. Beli je lah di MrDIY. Sebelum tu kami sudah tanyakan Maria kos barang jika beliau tolong belikan. Kecuali toilet bowl untuk 3 rumah tu memang kami minta Maria belikan sebab beliau boleh dapat dengan harga yang mampu milik setanding dengan kualiti bowl tu. Ada bowl yang murah tapi tank air tu plastik dan terasing dari bowl. Lebih baik beli yang cantik di mata dan puas hati😂. Lagipun kami tak rajin nak pergi ke satu2 kedai mencari. Ada satu kedai yang kami pergi, almost RM600 bagi toilet bowl seperti dalam gambar. Satu kedai tu je kami pergi bila nak pergi kedai lain tutup pula sebab hari Ahad. Tak mahu buang masa, kami minta je Maria beli.

Pakcik ni femes lah... ada je gambar dia mengecat. Mesti kawan dia suka ambil gambar pakcik hahaha
Gambar kiri tu pintu masuk ke ruang tamu.

Siap dah cat bahagian luar.


Kerja-kerja longkang di bahagian luar.

Bahagian belakang rumah. Pintu belum cat lagi.

Bahagian depan.

Pintu bilik pun dah siap cat.
Kaler tu bukan hitam tak pasti range kaler code.

Masa Maria tanya nak cat rumah kaler apa kami pun agak buntu juga. Dok google kaler apa yang trend sekarang ni. Ada juga bertanya pada ahli keluarga dan kawan-kawan lain.
Ramai yang feedback, Alhamdulillah.

Gambar homestay Azlina Ina pun kami jengok juga. Konsep English style memang cantik lah.. tapi kami tengok kaler luar.

Akhirnya kami pilih kaler rumah contoh Amar. Ini bahagian belakang rumah.
Maria pun setuju, kaler ni trend sekarang.

Bak kata ayah.. macam kaler perumahan di Eco Grandeur juga! 

2 comments:

  1. menarik tengok progress ni semua...akhirnya siap 3 buah RC ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... begini lah kot rasanya orang yang beli rumah... nak tau bila lah rumah boleh siap dan duduk.

      Delete