Pages

Saturday, December 9, 2023

Projek Rumah Mini : Pasang Pagar, Pam Air dan Kebocoran

Dari rumah siap dan serahan kunci kami ambil masa untuk membawa penyewa masuk sebab nak setelkan beberapa perkara. Kami perlu check kalau ada kebocoran dan hal-hal lain yang berbangkit.

Kerja-kerja pasang pagar dan pam air ni dah lama sebenarnya dalam bulan Oktober haritu tapi ibu lupa nak masukkan. 

Progres lain ada di sini.


Kami minta kontraktor yang sama untuk buatkan pagar.

Pagar ni kat rumah hujung je. Risau pulak kalau dibiarkan kosong sebab bawah tu kawasan perumahan kejiranan. Kiri kanan tanah kami tak decide untuk pasang pagar. Nanti tengok macamana bila pemilik rumah Lot 3 dan Lot 5 nak buat atau tidak. Masa tu bolehlah kongsi kos.

Kerja-kerja pemasangan pam dan tangki air.

Kami perlu pasang pam air dan tangki sekali kerana tekanan air rendah ke rumah-rumah mini ni. Walaupun kami gunakan paip air yang bersaiz lebih besar ia tak menjamin air kuat๐Ÿ˜. Begitulah bila banyak perumahan mula dibina di kawasan kejiranan.
Tangki air hanya letak di luar rumah. Tak adalah nak pasang kat atas bilik air sebab atas syiling tu tak mampu menampung kapasiti tangki air ni.

Rumah kami pun sama bila awal pagi dan petang nak ke Maghrib tekanan agak rendah tapi kalau tak guna pam pun masih keluar air. Sudah biasa jadi kami masih boleh tolerate dengan hal tersebut. Tambahan di setiap bilik air kami menyediakan tong air. Kadang geram juga bila nak masak, tekanan air rendah... hilang mood. Sebelum ni memang ada pasang pam tapi bila rosak tak ganti lagi ๐Ÿ˜

Nak sewakan rumah kepada orang, tuan rumah kenalah sediakan fasiliti yang sempurna. Itu yang kami decide pasangkan pam. Cuma nanti penyewa kena pandai manage pam tersebut sebab ia pasti menggunakan tenaga elektrik yang lebih. Waktu yang tak peak boleh  je mereka tidak gunakan.

Satu hal lagi, masa rumah mini siap bukan musim hujan jadi tak boleh nak check jika ada kebocoran. Kebetulan musim hujan mulai bulan 8 atau 9 haritu jadi barulah kami buat inspection lagi. Itupun dah sebulan baru pergi check... adoiii...sebenarnya terlupa ๐Ÿคช
 

Bila hujan lebat dan berpanjangan, dapatlah detect ada bumbung yang tidak dipasang dengan betul hingga menyebabkan kebocoran di bahagian siling rumah.
Bocor ni di rumah no. 3 bahagian dapur.

Ini pula di rumah no. 1 bahagian ruang tamu.

Kami terus laporkan kepada Maria kontraktor rumah. 
Pantas je Maria arahkan pekerjanya baiki bumbung dan tampal semula siling pada keesokkan hari nya.
Alhamdulillah.. elok dah semua.

Masa nak serahan kunci tu kami ada bertanyakan jika ada berlaku kebocoran akibat hujan sebab masa tu tak dapat check. Beliau mengatakan tak perlu bimbang, beritahu sahaja jika ia berlaku.
Beliau mengotakan janjinya tanpa sebarang alasan malahan cepat bertindak.
Alhamdulillah, dapat kontraktor yang sangat jujur dan amanah.

Begitulah cabarannya bila buat rumah sendiri.

No comments:

Post a Comment