Pages

Saturday, August 5, 2023

Meraikan Majlis Pernikahan

Pagi tadi ibu dan ayah ke Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara bagi meraikan majlis pernikahan anak sahabat SAS ayah iaitu Uncle Mad Fahmi. Keluar jam 9.15 am jadi kami dijangka sempatlah menyaksikan majlis tersebut. Sampai-sampai majlis akad nikah baru je selesai.

Masa sampai tu penuh dah parking di perkarangan majlis. Jadi kami terpaksa U-turn dan memakir kenderaan di pintu masuk. Jalan paling mudah untuk masuk ke masjid dengan menaiki tangga. Masjid ni terletak di atas bukit.

Ibu minta ayah ambilkan gambar di tangga, patutnya berlatar belakangkan bukit baru cantik background.

Mujur ada Acik Hawa, dapatlah ibu bersembang-sembang sambil makan. Ayah biasalah dengan geng-geng SAS dia.

Gambar bersama pasangan pengantin yang cantik dan kacak.

Tak tau lah kenapa gambar ni sekerat... ayah bersama Uncle Rat, Uncle Mad Fahmi dan Nursarah, pengantin perempuan. Muka ada iras Nayli.

Semoga pasangan pengantin, Dr Nursarah & Dr Nik beroleh rahmat dalam perkahwinan dan bahagia berkekalan hingga ke jannah.

3 comments: