Pages

Saturday, August 19, 2023

Pertama Kali Masak Kupang dan Ikan Lampam

Tadi sampai rumah ngam-ngam azan Zohor. Tak ada lah ibu nak masak lunch sebab Abang Imi nak keluar makan ayam geprek Wak Kardan. Ayah pula masih kenyang makan roti canai 2 keping yang ibu tapaukan dari Restoren Ghulam Rasul.

Jam 4 pm barulah ibu ke dapur bersihkan lauk untuk dimasak.

Kupang ni pertama kali ibu beli dan masak. Ibu goreng bercili je.

Nampak di blog Suria Amanda beli kupang saiz XL.
Di NSK ada jual sepinggan RM5. Saiz kecil je dah itu je pun yang ada hehe.. Cukuplah makan berempat lagipun ayah bukan makan hidupan bercengkerang ni. Malas nak buka katanya! Ibu pun tak adalah rajin nak kopekkan untuk orang yang malas nak kopek sendiri 😁

Cara ibu bersihkan kupang ni dengan merendamkan dahulu kupang beserta garam dalam 30 minit. Cuci sehingga bersih dan kebetulan tiada teritip. Cuci satu-satu dengan mengalirkan air ke dalam ruang kupang tu.

Ikan Lampam ni pun pertama kali beli, tak ingat pulak pernah makan ke tidak. Ikan air tawar, jadi ibu bersihkan dengan melumurkan tepung gandum dahulu sebelum dibilas bersih. Masa ibu kelarkan ikan lampam ni ada bunyi krak-krak, ibu syak ia tulang.
Sebenarnya ibu tak tau pun yang ikan lampam ni banyak tulang kecil atau duri. Aiseyyyy.. kalau tau pasti ibu goreng lebih garing. Worst case... tak adalah nak beli ikan ni.
Susah nak makan ikan yang banyak tulang walau rasanya sedap dan lemak, pasti anak-anak juga tidak menggemari. Mungkin ibu jarang masak ikan yang banyak tulang jadi anak-anak tidak biasa makan.

Last sekali ibu masak sayur pakchoy dengan bawang putih dan sos tiram sahaja.

Nak pedas bolehlah makan dengan sambal geprek yang ibu beli dari Restoren Nasi Kukus Boss. Ibu add-on petai. Makan sorang je lah since yang lain tak makan petai.

2 comments:

  1. Sedap kan kupang..dapat yang fresh lagi sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tapi isi kecik je ni compare yang SA tunjuk dalam blog tu. Ke akak masak overcooked tapi rasa masak tak lama. Mungkin sebab saiz lah ni.

      Delete