Pages

Sunday, August 20, 2023

Dinner Date di Restoren Taste Of Pakistan, Setia Alam

Seharian dalam rumah, ibu dah mula pening. Tengahari sempat nap lepastu sambung nengok The Guest. Lepastu baru kemaskan baju² yang tak mahu dipakai.  Yeayyyy... misi berjaya juga. Sambung lagi The Guest. Terlelap lagi petang tadi. Bila terjaga rasa bengong je kepala😁

Tak boleh jadi ni... kena keluar rumah ambik angin. Teringin minum chai. Terfikir restoren Taste of Pakistan.
Settt... lepas Maghrib!

Partner of crime malam ni. Ajak Kak Widad tak mau. Ayah pulak nak ke masjid lepas Isyak baru balik.

Pakistani Tea RM4
Sedap dan berlemak. Tak rasa manis susu pekat.

Ibu perlu minum yang panas-panas dengan ambience yang hangat. Mula tadi teringat juga Mashigettha tapi bila fikir restoren tu sejuk, tak mahulah masuk, nak masuk restoren yang open air je.

Afghani Chicken Pulao RM14.90
Makan berdua pun tak habis, bungkus bawa balik.

Abang Imi ambik Naan Cheese RM10.50
Kuah dhal tu Bami kata tak kena, so dia makan kosong je.

Bami add-on Chicken Shawarma RM11.50
Suka sangat Bami dengan sos putih tu.

Tapaukan ayah 2 pcs Garlic Naan (RM5.50/pc) dan Beef Qeema (RM10.50).
Nanti Kawi boleh share tapi makan sepotong je.

Abang Imi makan 2 potong Naan Cheese, balance pun bungkus bawa balik.
Makan sorang sikit pun kenyang bila ada 3 jenis menu.

Alhamdulillah.. kenyang dah masing-masing.
Ajom lah balik!

Lega dah kepala ni dapat angin luar 😁
 

6 comments:

  1. Kat area sini ada kedai Pakistan masak naan. Eh sedap betul naan dia. Air teh pakistan tu tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teh Pakistan tu lain dari teh tarik, bagi saya lebih sedap teh pakistan. Kena cuba Ezna.

      Delete
  2. Jalan2 cari angin pun tekak kena layan

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba teh pakistan, kita teh ni kureng skit kak badan cepat berangin...amboi abang Imi manis betul si bujang akak tu ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh.. kalau berangin kena elakkan karang tak boleh buat kerja.
      Bujang yang jadi anak dara kalau kat rumah.. dok bilik je 😁

      Delete