Pages

Wednesday, August 16, 2023

Dashcam

Hari Khamis lepas ibu hantar kereta ke kedai accessories kereta sebab nak tukar wiper. Geram betul lah Bami dengan wiper kereta ibu yang krek-krek bunyinya 😂😂
Macam biasalah bila orang kedai tanya nak wiper macamana.. 

Yang elok dan tahan.

Bila dia tengok sebelum ni guna jenama Bosch. 

U ambik brand sama lah.

Saya tak kisah brand apa asal elok. Ni saya guna Bosch pun ada bunyi.

Ayooo.. ini sudah lama, sudah keras, itu sebab dia ada bunyi.

owh.. 😂😂😂

Lepastu owner kedai keluar datang dekat ibu... 

ehhh.. you mau pasang dashcam tak? Sekarang ada promosi.

Dia jual dashcam lah pulak!

Nanti saya tanya sama husband dulu.

Ibu call ayah tanya, nak tak... ayah kata boleh lah tu.

Memanglah boleh sebab ibu yang kena bayar 😁😁😁

Ibu pun tak tau brand apa yang elok. Dah dia bagi yang ni ibu ambik je lah.
RM350 untuk kedua-dua kamera. Entah apa yang harga promo pun tak tau, mahal je rasanya!
Kalau nak depan je RM250, alang-alang kita belilah depan belakang.

Siap pasang.
Kalau beli online boleh je pasang sendiri atau hantar ke kedai tapi tak tau lah berapa mereka charge.

Testing.
Dah lama nak beli sebab iklan dok lalu lalang dalam FB tapi just ignore.

Kamera ada dua, depan dan belakang.
Nampak kualiti pun ok.
Gambar ni petang almost jam 7.30 pm

Rasa banyak betullah benda tergantung depan ni, cermin pandang belakang, telephone holder dan dashcam. Mungkin kena cari telephone holder yang letak atas dashboard. Telephone holder letak kat cermin pandang belakang ni paling user friendly setakat ni untuk letak HP bila guna google map atau Waze. 
Nantilah riki2 dulu.

SD card ni tak besar pun storage dia, later lah tukar jika ada keperluan.
Kalau kat luar mungkin lagi murah, ini RM40.00 

Comel je kamera belakang.

Ni kotak dalam yang dibagi sekali dengan instruction booklet dalam tu.

2 comments:

  1. SA pun nak kena beli untuk Dania...minah tu bawak keta laju berdesup..risau je..memang elok ada dashcam ni kan kak..eh..boleh la beli rasanya untuk hadiah besday dia next month

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah jadi keperluan SA, haaaa... elok lah tu pasang kat kereta Dania, dia pun kerap bawak kereta sorang-sorang kan. SA belilah online sebab akak tengok lagi banyak pilihan dan lebih murah lepastu hantar kedai pasangkan. Jangan lupa review abt it.

      Delete