Pages

Sunday, August 27, 2023

Outing BFF NADAWA

Sebelum balik bercuti lagi Wafi beritahu yang NADAWA nak keluar bersama. Tempat yang paling senang Setia City Mall. Hari Sabtu mereka plan keluar sebab ibu boleh hantar. Kakak pun boleh hantar tapi Wafi mestilah nak ibu yang hantar. Lepas solat Zohor plan mereka jadi sama-sama  berkumpul di rumah kita jam 2 pm. Jam 2.15 baru ibu hantar dan tunggu tapi tak adalah ibu nak ikut mereka. Biar mereka bertiga jalan sendiri.

Malam sebelum tu Abang Imi dan Kak Widad tanya, kenapa eh setiap kali anak-anak ibu nak keluar dengan kawan-kawan mesti ibu yang hantar?

Jawapan ibu senang... 
ibu rasa lebih secure sebab ibu boleh tunggu.
ibu free😂

Masa Abang Imi, satu Naza Ria penuh dengan kawan-kawan. Masa tu ibu hantar lepastu ibu balik rumah. Lelaki kan... tak adalah ibu risau sangat. Petang baru pickup semula. Ada juga parents lain hantar lepastu balik ibu willingly ambil. 
Kebiasaanya mereka outing di Setia City Mall je. Ada juga ibu ayah hantar Bami dan kawan-kawan ke stadium Shah Alam untuk mereka saksikan perlawanan bola sepak. Masa tu Abang Imi masih di sekolah menengah. Ibu ingat pernah hantar abang Qistina Raisah, balik stadium. Masa tu rumah mereka di sebelah SMKM sebelum berpindah ke PA.

Sebelum masuk mall ambil gambar dulu.

Wafi, Nayli dan Dania.

Happy mereka dapat keluar bersama.
Nayli dan Dania classmate di SAMNI. 
Ehhh... Wafi kata SAMNI tetap di hati.

Sampai di SCM 2.30 pm. Ibu tanya korang nak ada kat sini sampai jam berapa?
Dania kata 4.30 pm
Aihhh... cepatnya. Mula-mula ibu cakap 6 pm tapi takut lambat pula, 5.30 pm lah.
Pasti akan drag masa.

Ibu dan kakak cari makan dulu.
Jalan sana-sini end up makan di Black Canyon.

Wafi kata muka kakak dah semakin bersih walau ada lagi bekas jerawat. Jarang lah Wafi nak puji kakak dia tu... ini memang rare!
Ye lah masa awal-awal PKP tu muka kakak breakout teruk.
Takes time juga untuk elok.

Ini je lah yang kami makan.
Pineapple fried rice tu kurang di tekak ibu. 
Mujur ada cili potong dan garlic oil baru lah ok sikit.

Restoren ramai pelanggan, meja pun rapat-rapat. Orang sebelah bersembang pun boleh dengar. Tak senang couple kiri kanan tu 😁😁

Nak juga simpan gambar di sini.

Jam 4.30 pm kakak dah gelisah. Bosan dan mengantuk katanya.
Duduk di Lavender Bakery ingat nak order something tapi tak tau nak makan apa.

Akhirnya kami decide tunggu dalam kereta. 

Almost jam 5.45 pm baru Wafi muncul. Ibu tanya puas tak berjalan. Tak puas lagi sebab ada tempat tak sempat pergi. Lepastu pensil Nayli hilang di toilet. Pensil tekan tu mereka dah tukar badan dan kepala. Aduihhh... ni nanti mesti mereka teringat-ingat.
Ibu insist mereka masuk semula ke MPH dan kiosk ambil gambar. Ibu boleh je tunggu lagi sebab kita pun tak rushing nak balik. Sementelah kat luar hujan masih lebat.

Dapat lah mereka ambil gambar di self photo kisok tu.

Demi sebuah persahabatan, pensil tukar kepala, badan dan kaki.

Ibu dengarlah mereka berbual, kena pakai setiap hari di sekolah.

Lepas hantar Dania dan Nayli ke rumah masing-masing kita singgah lah dulu rumah nenek, lepak-lepak sana pula. Lepas Isyak baru balik rumah.

 

4 comments:

  1. Wah..bagus la Ibu nak hantarkan dan tunggu..kalu SA..lepas je..balik baru amik..nak ikut memang x dibaginya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu dalam tu juga sebab masih risau tinggalkan sendiri, tunggu besar sikit hehe..

      Delete
  2. Dah besar2 anak kakak ya 👍.

    Anak saya belum sebesar itu, jadi memang mereka belum pernah jalan bersama ke mall atau manapun. Tapi kalo sudah tiba waktunya, saya pun lebih selesa kalau bisa mengantarkan sendiri. Jadi merasa aman dan tenang kan 😄. Untuk sekarang ini, saya juga prefer teman2 anak saya yang main ke rumah, daripada dia yg main ke rumah temannya. 😅. Masih kuatir saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak faham perasaan itu Fanny. Kalau boleh nak kawan-kawan anak datang rumah kita. Sampai masa anak-anak pasti mahu berkumpul di rumah kawan lain juga walau kita cakap datang je rumah kita nanti ibu sediakan makanan dan keperluan lain 😁

      Delete