Pages

Saturday, August 12, 2023

Lempeng di pagi PRN

Pasti pagi ni dah ramai yang berada di Pusat Mengundi PRN. 6 buah negeri yang akan membentuk pentadbiran masing-masing bagi penggal yang akan datang. Selangor negeri tercinta, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Pagi ni ibu relax-relax jelah. Lepas Zohor nanti baru nak pergi bersama partner of crime, Cik Elis.

Awal pagi dah masuk grup Shohari Clan, bagi semangat pada petugas-petugas. Cik Wada, Cik Baya, Cik Biela, Cik Awie dan Cik Wan. Tahun ni penyertaan paling kurang berbanding PRN lepas.

Ibu cadang buat lempeng boleh makan sampai tengahari.. ni dah siap rasa banyak lah pulak sebab kat rumah berdua je.
Ayah di Kulim sebab undi di sana manakala Abang Imi stay rumah nenek.. the cousins kat sana kan, apalagi... buat-buat lupa ada rumah 😀

Siap dah.

Sambal bilis, termasin sikit sebab masa bubuh garam terlupa yang ibu letak bilis dan belacan 🤣

Jom makan... takde lah makan sekeping je... haaaa... 3 keping baru kenyang!

Weekend je baru minum manis sebab hari biasa ibu dah memang manis 😁
 

3 comments:

  1. Lempeng!
    Saya tak cukup 3 keping. Nak 5 keping hihihiii.

    ReplyDelete
  2. sy x pernah buat lempeng gulung mcm ni... ni yg x sabar nk melempeng ni mcm best je mkn gulung²

    ReplyDelete
  3. Dari last week nak makan lempeng..x dapat2...Pak Zain x nak layan

    ReplyDelete