Pages

Thursday, September 14, 2023

Abang Imi Jalan-jalan Utara

Minggu ni macam tak ada nak buat entry. Mana taknya balik kerja, bersihkan diri, solat, makan dan tidur. Minggu ni balik lewat sebab monthly closing. Mujurlah ada Kak Widad yang sudah siapkan segalanya di rumah. Wafi pun semenjak last week hanya call sehari sahaja waktu habis riadah petang. Jadi ibu tak perlu tunggu panggilan jam 10.30 pm. Itu yang ibu dapat tidur awal.

Ibu masukkanlah gambar Abang Imi bercuti-cuti di utara tanah air.
Kak Widad hantar Abang Imi ke Terminal Bas Klang Sentral pada Khamis 7/9/2023, untuk naik bas ke Teluk Intan. Abang Izzat akan ambil di sana. Ibu kata naik je lah ETS, sejam je dah sampai Tapah Road. Bami kasihankan Kawi sebab kena hantar ke Sungai Buloh.

Bami transit kejap di rumah ummi, Jam 1 pagi Jumaat mereka bertiga (Abang Imi, Abang Imran dan Abang Izzat) bergerak ke Kuala Perlis menaiki kereta.
Ehh.. Hari sebelum tu 1/2 hari je lah Bami buat partime job Food Panda. Tak mengapalah Bami, pergilah berjalan dengan the cousins sebab masa ni lah yang paling sesuai sebelum ada komitmen yang lain. Sebelum pergi tu macam biasa lah Bami buat ayat kasihan sebab nak tajaan. Ibu ayah bagi RM650, pandai-pandailah budget duit tu nanti campur dengan duit Bami yang ada.

Dalam feri dari Kuala Perlis ke Langkawi.
Kalau tak silap naik feri kargo sebab bawa basikal.

Ni ha basikal Abang Imran.
Nak cycling 101km dengan kawan-kawan.

Abang Izzat jadi trainer eh.
Abang Imi tukang ambil video.

Ini mereka atas deck lepas naik cable car. Boleh lah nampak view Gunung Mat Cincang dan laut sekitar Pulau Langkawi.
Nampak kat story Abang Imi, Abang Izzat ketakutan bila cable car nak turun. Ibu pun ngeri juga kalau naik cable car. Petua ibu, duduklah mengadap gunung ketika naik dan turun. Kurang lah seramnya ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Cerita Aug 2016.

Ni diorang makan kat warung-warung.
Katanya ada nak masak-masak untuk save budget tapi macam takde pulak.

2 malam duduk hotel budget, 2 malam stay kat camp site.
Betul-betul healing diorang ni.

Ni dalam feri menghala ke Kuala Perlis.
Penat sangat tu!

Bami tanya apa yang menarik di Perlis, ibu kata Gua Kelam lah biasanya tarikan. Wang Kelian pun ok juga sebab kawasan tanah tinggi. Ibu pernah nampak post acik Zura ambil gambar di sana. 
Ibu pun dah lama tak ker Perlis tapi pernah lah sampai Gua Kelam masa program rehlah di UUM. Satu lagi jalan-jalan dengan arwah maktok dulu.

Ibu soh Bami google.

Abang Imran share di grup whatsapp tanya nenek nak apa kat Padang Besar.
Adoiiii... sini yang diorang pergi.
Tempat lain tak sure. Belum tanya sebab ada masa mereka tak jawab whatsapp mungkin dalam perjalanan atau sedang berseronok.
Nantilah jumpa Bami baru tanya.

Sempat pulak dari Perlis singgah jumpa Aiman di Maahad Tahfiz Sulaimaniyah, Alor Setar.

Tu dapat ole-ole dari Langkawi๐Ÿ˜…

Budget sorang sikit lah tu hehehe...

Happy lah Aiman, abang-abang datang melawat.
Mujur malam abi benarkan keluar.
Nampak selesa betul tahfiz Aiman.

Lepas lawat Aiman sempat lagi abang-abang tengok movie jam 11 malam di Alor Setar.
Jam berapa sampai Kulim pun tak tau.
Jauh juga perjalanan dari Alor Setar ke Kulim tu.

Ni ayah dah siap bagi google map rumah atokwan.
Dapatlah mereka tidur semalam di Kulim.

Edited 
Ni hari ni mereka singgah Penang pulak.
Ya Allah... sakan betul lah mereka berjalan.
Abang Imi kata makan-makan je datang Penang. Food hunting lah gitu.
Adalah 3 tempat yang mereka pergi makan.

Ingatkan nak terus balik Tapah, rupanya balik rumah tokwan semula. Tidur lagi semalam.
Pagi Jumaat 15/9/2023 baru balik ke Tapah.
8 hari mereka berjalan!

Ibu pulak risau cukup tak duit nak berjalan tu. Banyak kali lah ibu tanya Bami kalau tak cukup bagitau. Boleh ibu transfer je. Biarlah selesa berjalan dengan duit yang mencukupi. 
Budget traveller betul diorang ni  ๐Ÿ˜… 

7 comments:

  1. Anak jantan kak...tmbh single2 lagi..mmg sonok la budget traveller...janji dpt jalan2 kekdahnya hehee..pengalaman dan memori indah tu nnt

    -anakomak-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ako, sampaikan pakcik2 diorang cakap rugi masa diorang muda dulu tak jalan-jalan camtu.

      Delete
  2. Seronoknya anak muda jalan-jalan healing healing hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat pula jalan dengan cousin BFF jadi ibu ayah takde risau sangat.

      Delete
  3. Replies
    1. Itu pun dah plan next trip tunggu abang sepupu balik dari Mesir pula.

      Delete
  4. Anak- anak lelaki ni kalau boleh diorang x nak susahkan parent kan kak..seronok tgok diorang berjalan ala kadar macma ni..cer anak perempuan..hahaha...

    ReplyDelete