Pages

Saturday, September 16, 2023

UIG 50th Anniversary Dinner


Malam ni company ibu mengadakan majlis makan malam meraikan Ulangtahun yang ke 50 tahun. Ia diadakan di perkarangan bangunan kilang dan main office. Majlis disertai hampir 1000 orang pekerja di semua peringkat dan bahagian. Ada juga dari HQ yang dijemput hadir. Begitu juga beberapa staff yang berkhidmat lebih 10 tahun dan telah berhenti juga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Majlis bermula 5.30 pm sehingga 11.30 pm
Ada acara pertandingan bakat yang pastinya ramai yang ternanti². Bagi main office mereka menghantar wakil bagi acara tarian.
Hadiah² yang disediakan berupa wang tunai juga sangat lumayan.

Token buat semua yang hadir pada malam ini juga sampul berisi RM50. 
Waaahhh... seronoklah.. datang je dapat duit. Ini nanti ada lagi banyak cabutan bertuah berupa gold bar, voucher dan wang tunai.
Aaahhhhh... lumayan betul siapa yang bertuah malam ini.

Malam ini ibu tidak dapat hadir kerana....

..... berjumpa my omeyyyy.
Hari ni boleh bawa outing.

Ibu tak rasa ralat pun tidak dapat hadir dinner ni. 
Family comes 1st 😍
Dah beritahu awal² atas alasan melawat anak masa mereka ambil kehadiran untuk distribute invitation card.

Rupanya ketidakberadaan ibu di majlis ini petang tadi telah disedari oleh CEO ibu. Beliau call hampir jam 7 pm tanya ibu di mana... adehh.. 

Tak mengapalah ibu tak ada sebab ibu dah tinggalkan pesanan melalui video interview. Adalah tu mereka siarkan nanti. Ada beberapa orang yang diorang interview beberapa hari lepas khas untuk dinner ni😃

Ni soalan yang mereka tanya ibu.

1. Apakah kebanggan syarikat yang boleh dikongsi kepada umum?

2. Apa yang motivatekan diri yang mana bermula dari intern sehingga mencapai jawatan Accountant?

3. Apakah nasihat kepada perintis-perintis baharu yang ingin memulakan kerjaya terutama di UIG.

Ibu pun lupa jawab apa... ahhh.. malulah nak ingat balik🤣🤣




 

6 comments:

  1. Wah lumayan sungguh hadiah..nanti akak update siapa menang kak..hehe..takpe la x dapat pergi kan..family lagi penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumayan kali ni SA. Masa event Chairman umum lagi ada 1 lagi grand prize dan 10 lagi cabutan lucky draw yang masing2 berupa gold bar. Makaihhh... memang makan besar diorang kali ni. Rezeki betul.

      Delete
  2. part kena record ambik video utk slideshow masa event mmg selalu xmok tgk balik... maluuu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pesan pada comittee kalau tak cukup masa delete je video akak tak pun kasi pendek. Mana nak tau... lepas event, video tu semua masuk dalam Telegram company. Adoiiii... ingat tak perlu tengok masa dinner dah kira selamat. Harap takde orang buka video tu huhu

      Delete
  3. kalau ibu tak datang melawat ni mau muncung merajuk la Wafi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sanggup kecilkan hati dia huhu.. itu pun baru 2 minggu tak jumpa dah rindu banget.

      Delete