Pages

Sunday, September 24, 2023

Jam Untuk Nenek

Malam tadi masa kat rumah nenek, nenek beritahu yang jam nenek dah rosak. Nenek pun tak ingat bila rosaknya. Sebelum ni dah pernah baiki tapi orang kedai tu cakap kalau rosak lagi lebih baik beli je yang baru. Susah lah kalau tak ada jam sebab nenek kan selalu keluar. Nak tengok jam di handphone kadang nenek tak bawa HP pula. Nenek kan dah biasa pakai jam. Masa mengajar dulu wajiblah pakai.

Sama juga macam arwah atuk, jam wajib dipakai bila keluar rumah.
Menurun ke ibu juga. Anak-anak pun sama. Masing-masing lebih selesa memakai jam. Ayah lagi lah... memang ada koleksi jam sendiri 😄

Kita cari di Kedai Jam City Watch, Lotus Setia Alam.

Bawa nenek senang nak ukur gelang jam.
Pilih jenama Casio je senang sebab dah tau performance dia.
Harga pun mampu milik
Brand ni lah yang arwah atuk belikan masa ibu di sekolah rendah lagi. Masa tu atuk belikan ummi, ibu dan Cik Ujang. Tapi malangnya masa tu ibu tak pandai jaga jam lagi jadi mungkin guna beberapa tahun je. Cik Ujang punya pun dah tak ada. Ummi punya masih elok dipakai sehingga sekarang. Kalau dihitung 41 tahun masih guna jam yang sama. Mujur ada lagi gambar ibu bergambar dengan jam tersebut. Background jam ibu warna biru, Cik Ujang kuning manakala ummi punya warna putih.

Ni lah jam yang nenek pilih. Analog. Besar dan terang nombor tu.
Harga RM198

Ibu nak carikan Casio Lineage Titanium macam ibu punya tapi tak ada pula.
Jam ni berusia 22 tahun, ayah belikan sempena 1st anniversary dulu.
Tukar bateri beberapa kali.

Sementara tunggu bil kita ambil gambar lah dulu 😄

Ye udah...
Jomlah masuk Lotus mak, kata nak cari cili!

6 comments:

  1. Ayah Iman pun hadiahkan anak sulung dia jam casio... tahan lama katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah boleh tahan lama tu KM.
      Ada kawan ajar kan biasa jam tu water resistant boleh masuk air bagai, tapi janganlah selalu rendam dalam air 😁

      Delete
  2. PH pun dah bertahun pakai jam jenama Casio ni...mmg tahan lasakkan...
    Senyum nenek dapat jam baru ye :) sihat² selalu ye Makcik 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. as long jangan dibantai jam tu insyaallah boleh bertahan. Ada satu hari tu akak tertidur atas jam. Kemek sikit bahagian hujung gelang jam tu. Nak tukar gelang je takde keluaran dah.

      Delete
    2. Senyumlah sudah dapat katanya takde orang nak bawak pergi kedai jam. Aternya tak cakap mana lah nak tau 😁

      Delete
  3. aaaakkkaaaakkkk.....kita ni ditakdirkan sama ke?handbag carlo rino dan jam tangan sebiji sama hahaha...saya punya jam muda sikit umur baru tingkatan 3 dah 15 tahun hahaha aduii

    ReplyDelete