Pages

Thursday, September 28, 2023

Nasi Kuning di Pagi Maulidur Rasul

Malam tadi sebelum tidur tanya Wafi nak breakfast apa? Wafi kata apa² lah ma. 
Terus teringat perihal sotong liat yang Wafi makan tempohari. Ting! Ha.. bolehlah masak sambal sotong. Makan dengan Nasi Kuning yang Wafi gemari bila ibu buat sebelum ni.

Gigihlah seawal jam 7 pagi pergi kedai cari sotong. Mujur ada. Fresh pulak tu.

Jadi lah Nasi Kuning dan kawan-kawan😁

Siap masak, panggil lah Wafi dan anak² lain untuk breakfast sama. Wafi kata tak boleh bukak mata minta ibu ayah makan dulu. Haaaa.... gitu lah budak asrama bila balik rumah. Sayang nak tinggal bantal. Perut lapar pun tolak tepi. Kalau kat asrama 6 kali makan, kat rumah makan sekali pun dah cukup gamaknya. Yang penting qada' tidur.

Ni ibu type entry pun masih tak mahu bangun.

Berjemaah 3 beradik tidur sama-sama dalam bilik ibu. Tadi Bami dah bangun sebab ambilkan screwdriver untuk ayah. Kawi pulak tadi kemaskan barang yang ibu beli. Tup² semua sambung tidur!

Ajomlah makan.

Ni masak banyak bolehlah ulang sampai ke petang. Ibu takmo dah masuk dapur😁😁

9 comments:

  1. Sedapnya.. Nasi kuning ni camne buat. Dia macam nasi lemak ke? Dulu siji ada orang jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam nasi lemak juga LM, terkenal di Sabah ni.
      Boleh google resepi dari blog Amie's Little Kitchen.
      Anw, terima kasih singgah di sini.

      Delete
  2. Wahhhh awal pagi dah menyotong.. special menu bila wafi balik ya kak.. begitulah kasih seorg ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya macam tu lah, bila anak2 teringin kita cuba buat juga hehe

      Delete
  3. tak usah kata bdk asrama. yg tak asrama pun sama kalau nak suruh bangun pagi makan sesama. sedap lagi bantal kan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak, namanya je semua ada kat rumah, Nak makan sama kena pesan siap2. Pagi memang susah lah.

      Delete
  4. Sedapnya nasi kuning buat sarapan pagi.
    Anak-anak saya suka sangat nasi kuning. Kalau anak-anak balik LD memang inilah salah satu menu yang mereka minta masak.

    ReplyDelete
  5. ooo nasi kuning boleh gantikan dengan nasi lemak erk..condiments semua sama macam nasi lemak

    ReplyDelete
  6. Hahahaha jadi ingat saat saya sekolah asrama dulu, pastilah kalo dah pulang pasti nak tidur lebih. Tapi saat itu saya lebih suka makan masakan mama, Krn di asrama tak terlalu sedap 🤣

    ReplyDelete