Pages

Saturday, September 2, 2023

Pulang Ke Asrama

9 hari bercuti hari ni Wafi perlu pulang semula ke asrama. Esok Ahad sudah mula bersekolah, Kedah kan!
Macam biasa ayat Wafi... kita kena balik asrama ke?

Ya.. awak kena berjihad untuk belajar kerana Allah.

Ni lah beg-beg yang perlu dibawa pulang ke asrama.
Ehhhh.... Mr Crabby kena tinggal dulu sebab beg dah tak muat. Kali ni balik ke asrama kena bawa kerja PSV (rak menyimpan accessories) dan kerja Science (Terrarium).

Insyaallah Mr Crabby akan menyusul bila ibu ayah datang melawat.
Kasihan Wafi nak angkut banyak beg turun naik tangga kalau tiada eskalator disediakan.
Wafi kata nanti tidur dia peluk selimut je lah sebab tiada bantal kecil.

Wafi tak selera nak sarapan jadi minum air teh je.. pagi ni ibu sediakan tea earl grey. Pelik katanya 😂😂😂. Habis pula secawan.
Ibu bekalkan 4 keping roti sosej dan home made fries. Bolehlah makan dalam train dan asrama. Malam tadi dah request fries untuk breakfast rupanya pagi ni buka fridge stok tak ada. Mujurlah ada beberapa biji kentang, ibu potong dan bubuh tepung Bestari original sahaja dan goreng.

Masyaallah, our little baby girl.
Sangat berdikari. Teringat permulaan ibu tulis blog ni lebih 12 tahun lepas untuk cerita perkembangan Wafi.

Kali ni balik ke asrama lebih gembira.

Anak ayah kaaaann... 

Seronok juga hantar Wafi naik ETS. Ada beberapa pelajar sekolah lain yang turut sama naik ETS. Samada mereka dari SBP atau MRSM kerana masing-masing memakai baju batik sekolah.

Ibu ayah sudah siap berbaju kurung dan Melayu sebab lepas ni nak ke majlis bertandang Cik Fatin ke rumah Cik Wan.

Wafi turun ke platform jam 10 am sebab Aisyah belum sampai. Nanti tunggu di bawah sahaja. 

Sembang-sembang dengan ayah Aisyah sampai lupa nak turun sebelah platform. Mujur sempat lagi.
ETS Wafi gerak jam 10.24 am. Beberapa saat sebelum gerak ada pulak train baru sampai jadi tak dapatlah nak bye-bye sebab sudah tertutup pandangan.

Dah masuk train Wafi whatsapp cerita katanya mujur tak terlepas.
Aikkkk... masa turun kan ada 20 minit lagi.
Katanya tak sure betul ke train tu sebab papan tanda tulis Padang Besar. Dia kan nak turun Sungai Petani. Adehhh... lupa pulak nak pesan, memang train tu menghala ke Padang Besar, nanti adalah beberapa perhentian. Mujurlah juga Wafi tanya pada polis yang bertugas (rasanya bukan polis tapi staff KTM yang berpakaian seragam).

Secara logik kan ada satu train je tapi Wafi nak memastikan mereka naik train yang betul. Ini kan pertama kali naik ETS ke utara. 

Semoga ia menjadi pengalaman berharga buat Wafi.

Alhamdulillah Wafi sampai tepat pada masanya jam 2.15 pm. Sehari sebelum bertolak ayah sudah book teksi dengan Pakcik Osman. Pakcik Osman ni yang arrange ada seorang Uncle Teksi berbangsa India untuk ambil Wafi di Stesen KTM ke sekolah. Ayah sudah siap transfer RM20 untuk tambang teksi. Uncle ni juga yang ambil Wafi dan Aisyah masa sampai sewaktu naik bas pertama kali.

Ibu ayah standby masa Wafi sampai tu sebab tahu mesti Wafi akan call. Kotlah tak jumpa Uncle Teksi. Alhamdulillah semua Allah permudahkan urusan.

Bagi ibu naik ETS ni sangat reliable sebab jadual masa yang sudah fixed tambahan pula hanya mengambil masa 4 jam sahaja berbanding bas hampir 8 jam. 

1 comment:

  1. dah besar Wafi dah boleh balik ke asrama sendiri..tapi hati mak ni tetap rasa anak macam baby lagi kan kak...

    ReplyDelete