Pages

Wednesday, June 9, 2021

PKP 3.0 - Day 9/14

Petang tadi balik dari ofis terima perkhabaran suami salah seorang staff UI, Kak Azizah meninggal dunia.  Suami beliau pernah bekerja di salah satu anak syarikat company. 

Allahu... sedih dengar. Kak Zizah ni dalam menghabiskan perkhidmatan dari syarikat. Katanya nak relax-relax bersama keluarga.

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiuun.

9.6.2021 ( Rabu )

Dukacita dimaklumkan bahawa HJ MOHD RASID BIN HJ MASIR tinggal di Lot 5476 Jalan Sekolah , Kg Bukit Kapar, Kariah Surau Hj Jangidin , telah meninggal dunia sebentar tadi. In sha Allah jenazah akan dikebumikan malam ini di tanah Perkuburan Islam Bukit Kapar setelah urusannya selesai.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebahagian dari taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah 

الفاتحة 

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 

 اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ 

الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ


Semoga Kak Zizah dan kelaurga tabah dengan dugaan ini. Buat arwah abang Rasid, semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan syurga tanpa hisab.


Hari ni penuh dengan berita sedih rasanya. Pagi tu adik ex-collegue telah meninggal disebabkan kanser otak. Ayah belaiu masih bekerja di salah satu anak syarikat. Kematian tidak mengenal usia.

May your rest in peace dear Shalini.

No comments:

Post a Comment