Macam ni lah nenek.. tak boleh duduk diam. Kalau buat kerja luar seperti mencangkul, menanam pokok, siram pokok, gembur tanah.. tandanya nenek sihat sangat.
Kalau nenek terbaring lesu tu maksudnya nenek tidak sihat. Nenek ni memang seorang yang rajin. Ada sahaja pekerjaan yang akan dilakukan.
Seingat ibu masa ibu kecik dulu nenek pernah menoreh getah di kebun arwah nenek, membersihkan kebun kelapa sawit, membantu atuk di kedai pakaian, mengasuh anak orang dan membuat nasi lemak. Masa ibu bersekolah menengah, nenek mendapat tawaran menjadi guru fardhu ain sebab nenek ada sijil sekolah agama. Lama jugalah nenek jadi ustazah fardhu ain. Bila dah habis kontrak, nenek jadi cleaner pula di SAMNI. Itu pun beberapa tahun juga sehinggalah nenek meberi laluan pada nenek Yati pula.
Bila dah tak bekerja secara formal, buatlah kerja-kerja di rumah. Susah nak tengok nenek berehat-rehat saja di siang hari... kecuali masa tonton sinetron.. ehhh.. sekarang takde dah.. layan pulak youtube.
No comments:
Post a Comment