Awal pagi hujan membawa ke jam 8 am. Jam 4.30 am terjaga sebab teringin makan masalodeh/vadei. Rendamkan dulu kacang dhal dalam 1 mug gitu. Habiskan stok yang ada.
By jam 8.30 am dah hidang sarapan atas meja. Hulur kat Adam semangkuk dan bungkuskan untuk Bami bawa ke tempat kerja.
Resepi Masalodeh/Vadai/Vadei
Bahan-bahan
1. 1 cawan Kacang dhal direndam 2 jam
2. 2 biji bawang besar dimayang
3. 4 tangkai cili kering gunting nipis
4. 1/2 SK jintan manis
5. 1/3 SK jintan putih
6. 2 SB udang kering kisar (lagi banyak lagi sedap)
7. 2 tangkai daun kari hiris kasar
8. Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Blend kacang dhal dan tapis. Ambil lapisan/dasar/pati air tapisan kacang tadi sebagai gam
2. Campurkan semua bahan dan perasakan garamnya secukup rasa.
3. Panaskan minyak
4. Ambil adunan dan masuk dalam senduk. Padatkan sikit dan tolak dengan sudu masuk dalam minyak panas.
6. Api sederhana sahaja.
7. Tunggu sedikit garing baru terbalikkan.
8. Angkat bila warna dah keemasan dan tapis minyak keluar.
Abaikan kesan atas senduk tu.. maklumlah senduk milamen sahaja.
Mac & cheese gaya ibu.
Makan panas-panas sedap ni. Rangup dil luar, lembut di dalam.
Tengahari memang dah plan nak buat mac n cheese @ baked pasta. Rasa dah beberapa lama tak buat. Kids pun dah asyik bertanya je bila nak buat.
Resepi ada di link ini.
Masa Bami nak balik kedai, ibu sedang bakar mac n cheese dalam oven. Dah siap nak kena sejukkan sekejap.
Lepas asar hantar baked pasta tu gi rumah nenek. Buat sistem barter hahhaa.. sebab nak makan daun ubi dan jantung pisang dengan sambal belacan. Sampai-sampai nenek pun belum makan lagi. Haaa... sedang eloklah.. Cik Wada pun join sekali. Nampak tu... ibu siap singsing lenganš¤
Fuhhh.. sedap Cik Biela masak... siap ada sambal sardin lagi pun cicah.. memang ngam lah.
Alhamdulillah.
Sebelum maghrib balik rumah... bawak hasil tangkapan.. pisang nangka, jagung dan mangga.
Rezeki.
No comments:
Post a Comment