Pages

Sunday, June 27, 2021

Nasi Kerabu

Hari ni tiada aktiviti khusus.. going with the flow la gitu kekdahnya. Bami tidur di rumah sewa member manakala Wafi tidur di rumah nenek. Tinggallah kami bertiga. Ibu panaskan pengat petang semalam dan asam pedas pari. Goreng nasi dan minta ayah bawa sekali ke rumah nenek since ada Angah and the gang. Nasi goreng pun tidak pedas.. boleh lah mereka makan.

Untuk lunch ibu minta kakak Widad tolong bantu sekali di dapur sebab nak buat nasi kerabu... agak leceh sikit prosesnya. Jadi bila berdua kuranglah sikit masa yang diambil. Ini kali ke dua ibu buat nasi kerabu. Last sekali buat pada tahun  2014.. adehhh.. lamanya.. tapi pernah cakap ini 1st dan last buat sebab beli lagi cepat dapat makan tapi bila terasa nak buat sendiri gagahkan lah juga.


Ibu masih guna resepi Azie Kitchen. Belum berkesempatan untuk mencuba resepi lain.

Nasi Kerabu Kelantan

Bahan bahan utama membuat nasi kerabu adalah sambal tumis, sambal kelapa, nasi dan sambal selain dari ulam ulaman dan bahan bahan sampingan lain.
 
Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak

Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit. 

Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam

Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.
  
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya. 

Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Taugeh
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 

Nasi 
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk

Kuah Sambal Tumis ini tidak bewarna gelap sebab ibu tak letak budu. Lupa nak beli dan masa ayah pergi kedai pagi tu juga lupa nak pesan beli budu. Tapi mereka tak perasan pun ketiadaan budu sebab tidak biasa makan budu.. hanya makan jika membeli nasi kerabu sahaja.

Nasi pula terlebih pewarna kuning dah macam warna pulut kuning. Tapi tiada effect pun macam makan nasi biasa cuma ini bewarna kuning.

Ini pula solok lada cuma ibu tidak tambahkan santan pekat dan tak campurkan ikan mentah sebelum kukus. Ini resepi dari Cik Baya. 

Bahan-bahan & cara-cara

15 biji cili besar lebih sedap lada solok (belah, buang biji, basuh, tos)
2 cawan kelapa parut yang putih muda (tumbuk sket)
3 ekor ikan sardin (direbus dan ambil isi dan tumbuk)
2 ekor ikan sardin mentah (ambil isi dan tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
Garam dan gula secukup rasa
1 SK lada hitam (tambah sendiri)

Campurkan bahan2 di atas dan sumbat ke dalam cili kemudian kukus selama 15 minit
Boleh juga dimasak dengan 1 cawan santan pekat sehingga santan kering.

Ibu bawakan Bami untuk dimakan bersama-sama kawan.. ibu tambahkan telur dadar sebab lauk yang ada basic kan.. itupun Bami tanya takde ke ayam goreng ke? Ibu tak terfikir pun nak tambah lauk lain sebab rasanya yang basic pun dah cukup.

Seronok dengar bila Bami kata kawan-kawan semua suka.. Alhamdulillah. Retak seribu yang dipanaskan semula juga habis dimakan. Petang tadi Bami balik rumah dan tapau untuk diri sendiri sebab tadi tengahari makan tak cukup.. mujur ada lagi nasi untuknya seorang. Ibu masak nasi lagi untuk dinner since bahan-bahan lain ada lagi.

Selepas lunch lewat sambil layar medsoc, hujan pula diluar... guruh berdentum-dentum. Perut pula dah kenyang.. baring atas kerusi tepi tingkap. Aduhh... best betul. Mata pula layu. Terus tertidur.. bila terjaga masih hujan di luar sana. Sambung balik tidur di bilik Wafi. Adeh.. jam 6 lebih baru terjaga. Kena juga buat exercise kalau tak badan lemau je.
 

No comments:

Post a Comment