Pages

Tuesday, June 1, 2021

PKP 3.0 - Day 1/14

Hari ni bermula PKP 3.0
Total lockdown.
Most of us kerja di rumah.. seorang dua sahaja di ofis. Ini pun sebab kami perlu menutup akaun bulan May21. The rest yang tidak boleh bekerja perlu menolak cuti tahunan mereka. Manakala yang habis cuti tahunan perlu berhutang earned leave mereka. Jika tiada cuti tahunan kenalah tolak gaji. Hurmmmm....

Pagi-pagi masa kemaskan katil, ternampak surat ni atas meja lampu.
Hurmmm... dah agak dah... kalau surat cinta macam ni sapa lagi.. kalau bukak dak Wafi.

Malam tadi Wafi ada cakap kerja yang dia buat tu susah... tak faham.. ibu kata cuba dulu. Lepastu ibu pun tertidur diulit mimpi.
Rupanya Wafi perlu tunjuk ajar tapi sebab ibu pun dah letih, tak berapa nak layan. Pagi semalam kan almost 1 1/2 jam berurusan dengan bank. Walhal 1 bank je pun. 

Bila ibu WFH tak boleh lah bangun lewat.
 

No comments:

Post a Comment