Pages

Saturday, July 8, 2023

Cerita Dari Asrama

Gambar Wafi ni semalam Makngah Sila hantar di whatsapp mesej.
Semalam Jumaat dalam jam 1 lebih makngah sempat jenguk Wafi di asrama. Dapatlah ibu kirimkan Milo 3 in 1 dan Munchy's cracker.
Makngah add-on set 2 ketul ayam Texas.

Sempatlah ibu video call sekejap dengan Wafi dalam keadaan muzik terpasang kuat di Restoren Nasi Kukus Boss.
Tak puas cakap.

Sedikit kelam kabut lah sebab masa makngah sampai tu waktu solat Zohor jemaah.
Jadi tak lama dapat sembang dengan Wafi. Lepas ni bolehlah makngah dan Tokwan visit selepas jam 2 dan bukan waktu masuk waktu solat sebab kebiasaannya pelajar akan solat jemaah.

Ibu pun baru nak familiar dengan timing dan aktiviti di asrama Wafi.

Jam 2 lebih tu Wafi call lagi.

Tapi bila hari cuti kadang sampai 4-5 kali Wafi akan call. Ikut sukalah bila dia nak call bila ada masa lapang. Macam pagi tadi 6.50 amWafi misscall sebab ibu ada di dapur tak dengar panggilan. Mujur dia call ayah. Cuma nak cakap pagi tu ada senamrobik, nanti akan call semula.

Jika hari biasa/sekolah jadual call Wafi 2.30 pm, 6.30 pm dan 10.30 pm
Pasti ada sahaja yang akan diceritakan tentang kehidupan hariannya 😁

Kadang call sekejap nak bagitau jangan tunggu panggilannya sebab sibuk nak siapkan kerja sekolah atau ada aktiviti asrama/sekolah.

Hari ni Wafi pesan, next week waktu outing nak ajak makan di Empayar Sushi sebab tadi mak Sarah datang bawa sushi. Sebelum ni Wafi tidak menggemari sushi tapi bila makan tadi sedap pula katanya.

Oh ya.. semalam selepas makngah balik, Wafi, Aisyah, Sarah, Damia dan Afiqah sama-sama makan ramen dan ayam goreng. Nak meletup perut katanya.
Ye lah... kan jam 12 tu baru lunch, patut makan lepas Asar ke. Jadinya malam tadi Wafi tak ambil dinner di dewan makan. Semalam ibu dah pesan sapu Digize kat perut tapi boleh pulak Wafi lupa.... hurmmmmm



 

1 comment:

  1. Seronok kan bila Wafi always call citer macam- macam...compare ngan Dania...non hado...hahaha..anak dara tu ngan mama dia pun dia introvert..msg jer kekadang..itupun kalau ada benda yang dia tak faham...

    ReplyDelete