Selepas solat kami turun semula untuk ke Kea Farm Market. Cik Fatin tak mahu join sebab kami putuskan untuk berjalan kaki sahaja. Dari hotel ke sana dalam 650 meter. Kalau naik kereta akan ambil masa masuk parking berdekatan Kea Farm Market. Boleh juga park kereta di sekitar Copthorne Hotel. Sepanjang jalan menghala ke market ni beberapa buah bas park di tepi jalan.
Walau 650 meter, jenuh juga menapak hehehe disebabkan kena menaiki bukit. Turun cepat je lah.
Kami dah siap-siap bawa 2 beg Ikea besar untuk isi barang dagangan 😁
Kami tak masuk walau pada mulanya nak singgah situ sebelum check-in hotel tadi.
Ambil perisa strawberi, sebatang RM6.
Kongsilah 4 orang.
Bila berjalan balik ke hotel, ibu beli lagi 2 aiskrim perisa strawberi dan markisa untuk Cik Fatin.
Sedaplah aiskrim ni, lemak dan kurang manis.
Pilih je perisa mana nak makan.
Belum nak beli lagi barang, kami berjalan-jalan belakang market.
Satu plastik RM5.
Kaler oren tu sedap!
Yang kaler purple tu tiada rasa 😆
Rupanya ada jagung cheese viral ni.
Satu cawan RM12.
Cik Fatin yang minta belikan. Widad lah yang tunjuk jagung viral ni. Mujur masa beratur tu ibu dapat last two.
Kemudian peniaga buat lagi, dia akan buat untuk beberapa cup.
Orang pun dah mula ramai beratur semula.
Kiosk jagung cheese ni di bahagian parking.
Market ni ada 2 bahagian kiri dan kanan jalan besar. Jadi kalau nak beli ni kena pergi market bahagian kanan kalau dari Simpang Pulai.
Ibu tak ada lah nak ambil gambar kat market ni.. entah.... tak teringat pula sebab dok sibuk membeli.
Ibu beli 2 kg assorted keledek, 3 plastik jagung, strawberi, coklat, buah-buahan kering dan sayur.
Keledek dan jagung tu nanti hantarlah rumah nenek.
Sayur ibu beli 3 jenis cendawan, taugeh hijau, cili solok dan brokoli.
Sayur-sayur ni untuk di masak makan dinner.
Strawberi dan coklat untuk anak buah ibu beli masa hari kita nak balik.
Bestnya ke Cameron Highland...
ReplyDeleteCuya pernah pergi sekali je seumur hidup...kekeke
takde siapa nak bawa Cuya gi sana, kesian XD
Seronok pergi sebab ada yang bawa kami Cuya. Dulu masa ada bas ke CH dari Tapah, memang kami naik bas je.
ReplyDeleteSemoga ada rezeki Cuya ke CH lagi lepas ni.
rupanya x masuk tgk biri² teringin jugak nk belai biri².. sedapnya assorted keledek rebus tu
ReplyDeleteAduhai..seronok plak rasanya pi CH..kena pi hari biasa ni..x leh pi weekend...kalau x sure ramai orang kan..
ReplyDelete