Pages

Wednesday, July 26, 2023

Cameron Highland 2023 - Big Red Strawberry Farm

Last entry jalan-jalan ke Cameron Highland.

Masa nak ke Big Red Strawberry Farm ni ibu lupa nama tempat ni. Ingatkan KHM Strawberry, bila sampai sana ehhh... kat Kg Sedia tempat semalam kita makan di Abang Strawberry. Ibu tak nak pergi situ sebab nak cari tempat yang lebih tinggi. Minta Kakak Widad google semula. Jumpalah Big Red Strawberry Farm yang terletak di Brinchang. Patah balik semula. Tak jauh lah dari Kg Sedia, dalam 5 minit drive je.

Sebelum pekan Brinchang belok ke kiri, mendakilah kereta naik ke atas. Tinggi dan curam .. tapi jalan cantik dan sehala.

Mujurlah ada beberapa laluan masuk, kalau tak jenuh nak menapak turun. 

Nahhh ummi... gambar berdua!

Bergambar dulu di sini.

Ummi kata fesyen seluar apa lah yang kakak Widad pakai tu 😁
Mujur bukan seluar yang berlubang-lubang kat lutut!

Simpan sini buat kenangan.


Laluan ni menghala ke cafe.
Kalau turun ke bawah bolehlah pergi ke pusat jualan dulu tapi lepas makan kita teruslah balik.

Memang dah plan nak breakfast di sini.

Light breakfast juga sebab nak turun ke Tapah takut pula makan banyak-banyak.

Ummi ambil salad.

Intan ambil nasi lemak biasa, RM5.90 harga Cameron Highland 😁

Fish and chip pilihan Cik Fatin.
Ehhh.. serius sedap ikan tu, dapat lah secubit.. rugi pulak tak beli lebih!

Kakak Widad ambil Waffle and ice cream.

Ibu tambahkan fries.

Ibu masih memilih tea and scone.

Scone kat sini kering sikit berbanding Cameron Valley yang lebih berlemak dan moist.


Supaya tidak lupa nama tempat ni.
Best lah pergi bercuti ni kurang orang, jadi bolehlah bergambar lama-lama.

Jomlah jalan ke atas, tengok2.

Ummi kagum dengan pokok ni, macam pokok senduduk tapi tinggi lah pula.

Kot lah dia membesar bila dok atas.
Laluan ni kuranglah sejuknya sebab ia tertutup dengan plastik kanvas.

Kawasan ni tak boleh masuk, tempat semaian pokok.
Kalau nak beli pokok kena turun lagi ke tapak jualan. Sana lagi banyak bunga-bunga besar dan cantik-cantik. Kami tak turun ke tapak jualan sebab tiada apa untuk dibeli lagi aka duit pun sudah habis 😂😂😂

Instagrammable.. tak boleh move on lah tempat ni!

View dari tepi parking.

Big Red Strawberry Farm ni best sebab kawasan tinggi, tersusun, bersih, sejuk. Parking pun banyak dan luas.  Yang bestnya jalan masuk dan keluar berbeza sebab ia one way. Cuma nak turun tu scary sikit lah hehe...

Sebelum balik ambil gambar banyak-banyak di sini sebab suka latar belakang yang colourful.

Sorrylah Intan... banyak gambar kami berempat je!

Ok.. last gambar style kerajaan & korporat, tangan bersilang 😀😀

Throwback gambar lama dengan sekarang, 10 tahun berlalu.
2012 pun kami ke sini juga.

2013 vs 2023

Wafi kita gantikan dengan Cik Fatin.

Intan dan Kak Widad.

Cepatnya lah mereka membesar.
Kalau 10 tahun lagi mungkin masing-masing sudah berkeluarga sendiri.

Kami gerak turun ke Tapah jam 11.30 am dan sampai jam 1 pm.
Sedang elok lah untuk ummi bersiap-siap hantar Intan ke asrama. Sempatlah ummi packkan kami 2 biji buah cempedak dari Cenderiang dan ibu petik daun murungai.

Kami meneruskan perjalanan balik ke Klang.

Alhamdulillah, short vacation yang menyeronokkan bersama-sama keluarga tercinta.

2 comments: