Pages

Wednesday, July 19, 2023

Nasi Kandar Royale Afra

Petang tadi sebelum balik kerja entah kenapa terasa nak makan nasi kandar. Ajak ayah pergi lah sebab hari ni kan ada di rumah sempena cuti Maal Hijrah. Ibu je yang kerja since cuti hari ni diganti pada Hari Raya Puasa.

Sampai rumah terus ambik ayah dan Abang Imi. Ayah suggest makan di Nasi Kandar Royale Afra, Eco Grandeur.

Ini je lah yang ibu ambik. Kalau dapat bendi celur mesti best.
Abang Imi pilih lauk ayam masak bawang.

Ibu bukan peminat nasi kandar yang boleh compare mana nasi kandar tersedap... yang diorang sebut syur.
Nasi kandar ni pun ibu kenal bila dah berkahwin dan ayah kerap makan tapi biasanya ibu jarang makan nasi kandar. Dulu kurang berminat disebabkan kuah yang bercampur-campur dan satu lagi kurang berselera bila tengok pinggan comot dengan kuah 😁.

Sekarang dah boleh tolerate.
Raikan je lah perbezaan sebab memang begitu style mereka tuang kuah ke dalam pinggan. Hanya bila teringin je makan sebab ibu lebih gemar masakan Melayu.

 

4 comments:

  1. saya pengemar nasi kandar tapi sebab dah kawin dengan org yang tak suka nasi kandar dah tak ada geng nak makan..tiap kali tengok gambar nasi kandar aduhai terliur sangat,sesekali ada juga bungkus utk diri sndr tapi tak surrr mcm makan kt kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terbalik dengan akak..
      nasi kandar memang sedap makan di kedai kalau bungkus dah lain rasa.

      Delete
  2. SA pengemar nasi kandar...pun x selalu makan..for me..nasi kandar ni better makan bila teringin je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... betul.. kalau teringin je baru nikmat makan!

      Delete