Pages

Saturday, July 8, 2023

Bihun Nenek Untuk Berbuka

Hari Khamis yang Kakak Widad buat kaswi gedik tu, ibu ada singgah rumah nenek sebelum balik rumah. Tujuannya nak ambil daging korban yang sebelum ni dah terbenam dalam freezer Cik Bila 😂. Bila Cik Bila dan defrost barulah boleh keluar.

Sempatlah jenguk dapur tengok nenek masak apa. Nenek buat bihun goreng dan dah siap tapau untuk dibawa ke surau. Buka sama-sama dengan kawan-kawan. Ada lebih jadi ibu tapau lah sikit.

Walau bihun ni nampak simple tapi bila anak menantu balik rumah pasti masing-masing rekues bihun goreng untuk sarapan. Kadang dah tak payah rekues pun sebab nenek pasti akan buat bila anak-anak balik rumah.

Selain dari bihun goreng, nenek akan buatkan air kesedapan iaitu Indocafe susu.
Setakat ni Cik Man dah mula menuntut ilmu buat air kesedapan nenek 😋

Ibu juga ambil sebekas pulut kuning dan rendang ayam.
Adik Cik Awie hantar sempena sambutan hari lahir anaknya yang pertama.

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri.
Balik rumah kakak pun dah siapkan ayam goreng kunyit dicampur sayuran.
Ibu ratah lauk je lah masa berbuka tu.
 

5 comments:

  1. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. Ada nama air kesedapan pula ye.
    Bolehlah kongsi ilmu nenek buat air kesedapan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indocafe + susu, biasa je tapi mungkin air tangan mak tu yang diorang panggil air kesedapan 😁. Kami tak berapa nak minum Nescafe tu yang tukar kepada Indocafe.

      Delete
  3. Seronok kan...best nyer masih bleh merasa air tangan mak, mak pah dah x leh buat pape dah...masih lemah...makan pun dah x selera..skrg makan semua air tangan Pak Zain atau SA sendiri

    ReplyDelete