Pages

Thursday, August 14, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Dalat Night Market & Vinaphone Tower

Jam 7.30 pm baru gerak ke pasar malam, antara attraction di Dalat ni.
Terletak di tengah bandar dan menjadi tumpuan ramai pelancong luar serta penduduk setempat.

Kena menapak lah nak ke pasar malam ni sebab van kena park jauh sikit. Pasar malam ni kami pergi 2 kali iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu malam.

Sebelum masing-masing ikut haluan, ambil gambar siap-siap depan pasar malam Dalat ni.
Jalan-jalan je lah tengok apa yang ada.




Kat mana-mana banyak jual patung kait camni.
Harga tak murah ya.
Nampak satu patung ni comel sangat. bila tanya harga VND780,000 (RM64.60)
Atau memang gitu harganya 😄

Meremut orang kat tangga tu.

Wangi betul bau pulut tu.
Tengok-tengok je lah dah semua pun tak boleh makan 😄

Dalam tu pasar kering.

Bersih dan tersusun. Banyak jual buah-buahan kering dan jeruk.
Malam kedua datang sini ibu beli buah kering dan kopi.
Tak jalan sampai hujung pun.. masuk kedai depan-depan je.

Buah avocado panjang-panjang.

Sedap keledek bakar penyek yang dibungkus tu. Ada bau smokey.




Geram je nengok bunga ni.

Kalaulah boleh bawak balik.

Pisang kaki kering. Teringat cerita Korea.


Ramai betul yang jual sikat hijau ni.
Macam-macam bentuk dan saiz. Kalau tengok harga yang display murah je kalau convert dalam RM2 tapi sebab macam takde keperluan jadi tak beli.

Ni pun geram.. rasa nak beli je tapi mikirkan cuma tambah carry on luggage 7kg pendam je lah.

Kat sini kami kena halau sebab taknak beli tapi tengok-tengok dok menyibuk... adehhhh

Cepat-cepat ambil gambar.. takut kena halau lagi huhu...
Kalau nak bergambar, letaklah duit dalam kotak tu. Respek betul... langsung 2 aktor tu tidak bergerak malah tak nampak mata berkelip pun.


Pure avocado.
Yang putih kiri tu yogurt.

Atas aiskrim tu ada topping hirisan kelapa kering.

Vinaphone Tower dari jauh.

Teringin makan ceri.. beli lah sikit dalam VND60,000 (RM10)


Mafla cantik-cantik.


Gambar ni diambil dari tangga sebelum turun ke pasar malam. banyak entrance nak masuk sini.

Rasa 99% peratus yang datang pasar malam ni adalah local.
Mereka betul-betul support industri pelancongan mereka sendiri.
Dah tu kan... walaupun datang pasar malam je tapi dressing lawa-lawa.

Sebelum balik ambil gambar berlatar belakangkan Vinaphone Tower.
Umpama mini Eiffel Tower lah gitu.
Vinaphone adalah rangkaian telekomunikasi kedua terbesar di Vietnam.



Macam-macam gayalah yang Mr Heng tu suruh kami buat. Layankan je lah.

1 comment:

  1. Bestnya.
    Inilah yang tak tahan hati kalau jalan-jalan nampak segala buah!
    Aduhai, saya ni hantu avocado! Tengok aiskrim tu...sedapnya.

    ReplyDelete