Pages

Wednesday, October 29, 2025

Singgah Jumpa Wafi Sekejap dan Misi Mencari "tobowan"

Dari Ladang Nira Nipah Napiah kita singgah tengok Wafi kejap. Masa call tu dengar suara dia kemain happy... macam tak percayalah ibu ayah ada kat Kedah. Padahal dia call tu nak minta grab kan stok makanan. Dah ibu ayah nak datang kemain berjela-jela list makanannya. Minta beli kat Mr Diy.

Jajan pertama yang dipesan "tobowan".... ibu dan kakak krik krik je masa dengar. Nak tulis kat note HP pun tak tau eja πŸ˜‚

Pergi kat rak jajan.. dok lah belek-belek. 

Haaa... ni lah dia Tobo One 

Girang kakak bila dah jumpa. Karang tak jumpa nak kena cari tempat lain pulak 😬

Ibu tak pernah tau pun ada jajan gini... aishhh... macam-macam snek sekarang.

Sebelum sampai sekolah ibu belikan ayam gunting 3 ketul dan 2 cup teh ais kat gerai pasar malam.
Makan dengan kawan-kawan kat kantin. Sebungkus Wafi bawa masuk dorm.

Handphone kakak jadi mangsa. Sempatlah tengok medsos.



Jumpa sejam je, by 5.00 pm ibu ayah gerak balik.
Tak boleh lama-lama sebab nak drive jauh lagi.

Apalah agaknya yang si kakak kacau sampai gelak gitu.

Jumpa lagi ya Wafi.

Walau sekejap dapat gomol dak kecik ni pun rasa seronok.
Kakak lah paling happy sebab boleh cubit-cubit pipi Wafi.

16 comments:

  1. Tak pernah try plak "tobowan" tu..nanti nak cari juga lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. sila cari.. nanti review cemana rasanya.

      Delete
  2. Saya cuma ingat cikedis jew ... lagi teruks!

    ReplyDelete
  3. masa kecik dulu semua jajan kitaorg paggil cikedis je ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... dulu limited je. Lagi satu mana ada duit nak beli macam² huhu..

      Delete
  4. Aduh la, mujoq jumpa haha...
    Anak Sy hari tu suruh beli 'Batang Kali' aduh jenuh walidnya pening πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus akak google... laaa... memang wujud rupanya jajan Batang Kali tu. Adehhh... tak hagak² namanya.

      Delete
  5. nak carilah Tobowan hehe :) seronok dapat jumpa kan walau sekejap melepas rindu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... kena masuk MrDiy plak.. tempat lain saya tak sure ada ke tidak.

      Delete
  6. acik pun baru tahu ni wafi tobowan..nasib baik Pia belum tau,kalau tak jenuh nak cari ntah ada ke tak di kuantan ni..
    boleh buat lepas rindu sekejap pun tak apa..saya duk bayang macam mana la kalau tak dapat jumpa Pia sampai bulan 12,harap maktab keluarkan kebenaran visit awal la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum merebak sampai Kuantan kot πŸ˜…πŸ˜…
      Ni Wafi mesti ada nampak kawan dia makan. Dah terikut².
      Oo bulan 11 takde date visit dan PB ya. Mebi bulan exam kot, itu yang maktab freeze kan.

      Delete
  7. selalu nampak jajan pelik2 dekat DIY...tapi takut nak membeli...nnt boleh cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... macam² ada kat situ. Akak kalau beli pun jajan² biasa je. Yang pelik² ni nak juga tengok produk dari mana.

      Delete
  8. hahaha tobowan... tobowan tobowan. Esok nak ke sekolah Kyra tapi semalam masa dia call ayat dia "boleh ke kalau sebelum datang singgah belikan kepek"

    ReplyDelete
  9. tobo one ni tak pernah makan. saya kalau masuk diy nk beli jajan, mesti grab yg makiato tu. rasa chewy2

    ReplyDelete