Pages

Friday, February 13, 2026

Balik Dah Abang Imi dan Wafi

Alhamdulillah sampai dah anak² ibu malam semalam.

Abang Imi bertolak dari Unisza jam 3 pm. Drive sorang². Kak Widad minggu lepas dah sampai rumah, balik naik bas. Kereta tinggalkan pada Bami sebab Bami nak back for good. Banyak juga barang yang nak dibawanya. Cuti semester sebelum bermula intern 2/3/2026.

Risau juga ibu bila Bami drive sorang².. jauh pulak tu. Pesan banyak kali cukup rehat dan kalau penat berhenti dulu. Siap suruh cari hotel kalau tak larat drive. Alhamdulillah jam 11 malam selamat sampai rumah.

Tren Wafi on time. 6.18 pm dah sampai. Kakak Widad jemput dia kat depan pintu keluar. Ibu tunggu kat kereta je. Kali ni ibu kena jemput sebab ayah balik lewat. Stesen KTM dengan rumah dalam 24km je.. tapi nak menyampaikannya sejam juga. Banyak kenderaan terutama kat area Kwasa Damansara dan Jalan Mokhtar Dahari.

Singgah makan dulu kat kedai dekat² rumah. Wafi order makanan favourite dia, nasi putih+tomyam+telur dadar.

Masa diorang makan, ibu balik rumah sekejap, ingatkan lori yang bawa simen konkrit tu nak sampai dah. Rupanya jauh lagi. Ibu pesan kat Cik Ujang untuk tengok²kan dulu sebab nak ambil Wafi & Kak Widad. Bolehlah ibu makan Char Koay Teow yang dah kembang 😬😬.

Tiba di rumah, lori pun sama² sampai. Tunggu tukang ratakan. Kebetulan ayah pun baru sampai.

16 comments:

  1. Alhamdulilah, meriahlah kat rumah dengan gelagat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa untuk berkelahi wak.. tu yang diorang rindu😆

      Delete
  2. Tren selalunya on time..jarang lah nak delay..kecuali ada masalah teknikal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertolak jarang delay cuma kat pertengahan jalan yang ada masalah teknikal. Sebelum ni ada beberapa kali sampai lewat 15-20 mins.

      Delete
  3. Yeay semua dh ada berkumpul.......seronok la Ibu erkk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok².... cuma nanti adalah tu yang mengadu sana sini. Nama je dah besar tapi apa² cari ibu🤣

      Delete
  4. alhamdulillah tahun ni dak2 asrama dapat sambut puasa dekat rumah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. betul tu Afzan.. dapat berpuasa few days kat rumah pun ibu dah bersyukur.

      Delete
  5. Memang risau kalau anak-anak drive seorang diri. Semalam Fuad drive sorang-sorang dari Desaru, Johor ke Tronoh, Perak. Katanya dekat 10 jam baru sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh.. jammed sana sini kot tu. Fuad biasa drive jauh ya. Rahimi setakat ni drive paling jauh sorang². Kalau balik kampung biasa tukar² dengan ayah.

      Delete
  6. CKT kalau dah kembang tak sedap dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betu Cie.. dah jadi koay teow goreng kembang😂

      Delete
  7. Alhamdulillah semua anak2 balik rumah sempena cuti panjang 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Maz... kali ni seminggu lah abang dan kakak dapat bersama² adik.

      Delete
  8. Senang nyaaaaa anak2 balik ya kak.bisa puasa di rumah hari pertama 🎉☺️. Tuhlaah, sayapun pasti akan kuatir kalau nanti anak2 dah bisa bawa mobil sendiri. Kuatir Kenapa2 apalagi long drive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beberapa tahun tak dapat puasa pertama dengan anak².. itu yang semangat sikit tahun ni.

      Delete