Pages

Sunday, February 22, 2026

Menu Ramadhan 1 - 4

Nengok ramai yang share menu sahur dan berbuka, sementara rajin ambil gambar ibu nak share juga lah.

1 Ramadhan

Sahur
  • Ayam panggang Air Fryer
  • Bening Bayam+suhun
  • Sambal Penyet
  • Popiah Otak²
  • Telur 1/2 masak
Iftar

  • Tongkeng Goreng
  • Bayam Tumis
  • Karipap Sardin
Buat 2 bekas sebab nak buka puasa rumah nenek. 1 set tinggalkan kat rumah untuk ayah.

2 Ramadhan

Sahur

  • Nasi Goreng
  • Telur Goreng
  • Kentang Goreng
  • Telur 1/2 masak
Iftar

  • Ayam Masak Lemak Cili Api
  • Peria Goreng
  • Karipap Sardin
  • Popiah BigMac
  • Wrap (Masa Kawi balik dari briskwalk ada orang gerai soh berhenti kereta sebab nak bagi wrap. Mungkin promosi produk sebab hari sebelumnya gerai tu takde lagi) 
3 Ramadhan

Sahur

  • Ayam MLCA (left over)
  • Telur Dadar
  • Popiah Otak²
Iftar

  • Mac & Cheese
Masa berbuka hari pertama kat rumah nenek anak² buah tanya.. makngah bawak makaroni bakar ke? Masa tu bawa makanan berlauk je. Jadi next buka puasa sama² ibu buatkanlah makaroni bakar permintaan anak² buah.

Menu buka puasa kat rumah nenek. Masing² potluck. Takde dalam gambar Bubur Lambuk, Pisang Goreng, Drummet Panggang dan Sosej Panggang Cik Wada bawa.

4 Ramadhan 

Sahur
  • Telur Cili 
  • Bayam+Taugeh Tumis
  • Kentang Goreng
  • Buah Epal
Iftar
  • Sup ekor
  • Koayteow+condiments
  • Telur Dadar
  • Cekodok bawang+jagung+taugeh+sosej
Sebenarnya ibu nak buat sup ekor macam kat kedai tomyam, jadi belilah perencah Sup Siam. Guna 2 peket, 1 jenama Alisa & 1 jenama Adabi. Tak tau ler kenapa kuah sup tu kaler gitu. Mungkin lepas ni kena buat rempah sendiri untuk dapatkan sup yang jernih.


Setakat ini makanan sahur ibu masak panas² kecuali MLCA yang berkuah akan masak lebih. Ayah, Bami dan Wafi je makan nasi pagi. Ibu dan Kak Widad makan telur dan goreng²an. Air setakat ni mereka pilih minum air kosong je. 

Bami ada weight challenge 1 bulan bersama sepupu², Izzat dan Isyraf. Semoga masing² berjaya.

No comments:

Post a Comment