Pages

Saturday, February 21, 2026

Habis Dah Cuti Seminggu

Tanpa sedar habis dah seminggu Wafi cuti sempena CNY.
Cepat betul masa berlalu.
Seminggu sempatlah dia bersama-sama cousin masa majlis aqiqah Auni dan jalan-jalan ke KL.

Pagi ni dah balik ke Sungai Petani.

Jumaat petang semalam cikgu buat kelas Add Maths.

Balik cuti sebeban kerja sekolah yang cikgu bagi.
Sampai ke malam tadi menyiapkan kerja.

ETS jam 7.47 am, taknak kelam kabut, lepas sahur terus bersiap. Jam 6 pagi keluar rumah dan solat di RnR Denai Alam. Sampai Stesen KTM jam 7 pagi.

Abang kata nanti sampai rumah nak tidur sampai petang sebab hantar Wafi pagi-pagi.. hurmmmmm..

Pertama kali balik ETS paling awal sebab tunggu jadual Pulang Bermalam sekolah. Tiket sempena CNY jam 10.18 pagi semua habis. Itu yang ambil 1st train.

Afiqah, Mia, Najlaa, Ariana dan Wafi naik kat Sungai Buloh. Arisya dan Alma naik kat KL Sentral. Nanti jumpa kat Coach C semua.

Alhamdulillah jam 11.33 am tadi sudah sampai ke SP.

Sepupu-sepupu Wafi lain yang bersekolah asrama juga balik hari ni.

Nana balik ke Tumpat.
Dulu haluih je Nana ni, seronok lah tu sekolah asrama... pipi pun dah montel.
 
Alya ke Pasir Putih.

Alahaiiii Alya... F1 dah kena naik flight. Mujur ramai kawan-kawan sekolah naik sama. Begitu juga anak-anak Lembah Klang lain yang bersekolah di sekitar Kelantan.

Alya pipi pun dah naik.
Makngah tanya.. Alya tak rindu mama ke.. sebab tu pipi kembang.
Nampaknya Kakak Wafi je sorang yang struggle masa mula-mula masuk asrama 😎

Ibu bekalkan Popiah BigMac.
Kakak buatkan frozen.
Tapi dah pesan kat Wafi popiah ni dah petang tak rangup nanti, dia ok je.
Nak masakkan lauk taknak pula sebab boleh makan lauk panas kat Dewan Makan buka puasa nanti.

No comments:

Post a Comment