Pages

Saturday, February 21, 2026

Staycation Di Concorde Hotel Kuala Lumpur

Cuti CNY ni semua anak² ada jadi ibu ayah decide bawa jalan². Plan asal nak stay kat Cyberview Resort tapi bilik penuh pulak. Itu yang book Concorde Hotel KL. Book pun beberapa hari sebelum. PD pun terpaksa dilupakan bila memikirkan ayah kena jumpa doktor pada hari Selasa.

Gerak dari rumah Isnin, jam 11.15 pagi, sampai jam 12 tengahari.

Parkir hotel di bangunan bersebelahan namun ada link bridge. Kalau taknak jalan jauh sambil heret luggage turunkan je dulu di depan lobi hotel.

Kena turun tangga.

Lalu tepi kolam mandi.

Kolam mandi sebelah kiri. Sebelah kanan ni kafe.

KLCC ada nun kat sana.

Awal lagi... bila dah namanya rezeki.. jam 12.30 boleh check-in bila bilik ready.

Bilik pula dapat upgrade dari Superior (RM319.45 after tax) ke Deluxe Room tanpa sebarang caj tambahan.

Hallway. Ni kalau jalan sorang-sorang malam risau penampakan di hujung sana (gara-gara nengok drama entah apa-apa 😁)



Bilik air yang besar, bersih dan pancuran air yang kuat. Body shower tu sedap betul baunya... bau citrus. Refreshing betul. Cumanya bilik air ni jenis yang takde kunci.

Hotel lama yang masih menyediakan iron dan ironboard.

Kelengkapan dan aksesori minuman 


TV besar, terang dan channel Astro banyak. Netflix dan Youtube pun ada.

Banyak betul meja😁

View dari Tingkat 11.

KLCC terselit.

View malam.
Takde pulak bunga api/mercun malam CNY. Ni kalau kat area rumah mau berlawan² bunyi🤭

 

14 comments:

  1. Dekat selayang, hari ni pun ada bunyi mercun lagi.. hahaha.
    Wah, bagus..netflix pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya area yang kami duduk bukan kawasan orang duduk, tu yang takde main bunga api/mercun.
      Biasa yang ada Netflix sikit je channel, kat sini banyak pula cuma tak sempatlah nak tengok.

      Delete
  2. Alhamdulillah syukur dpat free upgrade bilik tanpa sebarang charge..
    Seronok juga kalau dpt check in hotel di KL walau rumah 10 minit jer ke KLCC :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke.. tu kalau tertinggal barang boleh balik rumah sekejap 😁

      Delete
  3. Cantik viem KLCC waktu malam. Masa Cie balik dari Bangi tu lalu Ampang nampak jugak KLCC dari jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya lampu KLCC tu tak buka sepanjang malam. By 12 pm dah gelap.

      Delete
  4. Last pi Concorde Hotsl masa SA baru nak bertunang ngan Haidy, masa tu dinner bawak Dania sekali...x pernah stay sini lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinner kat Melting Pot juga lah ya.. malam tu ada akak tengok ada sekumpulan musician yang datang meja main lagu.

      Delete
  5. Rezeki lah dapat upgrade bilik without charge. Luas jugak dalamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ringan mulut bertanya Maz... akak pun baru belajar. Ada rezeki dapatlah.

      Delete
  6. Yg saya suka kalau menginap di hotel lama, pasti ruangannya luaaaaas, lantai berkarpet 😍😍😄. Sukaaaa lah. Sering bagi upgrade pula. Dulupun dapat upgrade saat menginap di Corus. View best ya kak, bisa nampak twin towers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sikit pijak lantai bila lantai ada karpet.. tambah² AC nya sejuk. Slippers pun disediakan.

      Delete
  7. Bagus betul layanan hotel boleh masuk awal. Biasanya kalau bilik sudah tersedia memang tiada masalah check in lebih awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang harap.sangat dapat masuk awal sebab nak bagi ayah rehat.

      Delete