Pages

Thursday, February 26, 2026

Menu Ramadhan 5 - 8

Hari bekerja Kak Widad sediakan juadah berbuka. Pandai-pandailah nak masak apa dengan bahan basah yang ada. Unless ada request lain.

5 Ramadhan

Sahur
  • Sup ekor (leftover)
  • Telur Dadar (leftover)
  • Telur 1/2 masak
  • Karipap Sardin
Iftar
  • Ayam Pop KA
  • Tempe Goreng + Timun
  • Popiah Otak²
  • Karipap Sardin
  • Tepung Pelita (beli)
Ayam Pop KA tu Abang Imi yang minta. Gigih lah Kak Widad pi cari air kelapa.

 6 Ramadhan

Sahur
  • Nasi Goreng
  • Telur mata
  • Popiah BigMac
Iftar
  • Paru Balado
  • Bayam+tempe tumis
  • Sup ekor (beli)
  • Murtabak Daging ( beli)
Murtabak sekeping RM3.50 beli kat kedai yang biasa buat. 

Special sikit hari ni sebab ayah ada beli air kelapa (tanpa gula).

7 Ramadhan 

Sahur
  • Kentang goreng
  • Pisang
  • Roti wholemeal+peanut butter Jobbie (ayah)
Ayam goreng ni seketul je goreng untuk Abang Imi sebab orang lain taknak masak nasi. Bami tanya kuah sup.. habis dah semalam jadi dia makan dengan kicap je. Lupa pulak nak letak sambal ayam penyet atas meja.

Iftar
  • Siakap Masak Kicap
  • Terung Tempura
  • Puding Karamel (ni yang biasa bukan resepi KA yang sedang viral😅) 
Puding Karamel makan masa moreh sebab belum sejuk lagi time berbuka.

  • Mee Celup (beli hari sebelum sekali dengan Sup Ekor tapi tak sempat makan sebab dah banyak juadah)
8 Ramadhan

Sahur
  • Maggi Kari 1/2 (ayah rekues)
  • Siakap Masak Kicap (leftover)
  • Telur Rebus
  • Kentang goreng + Popiah Otak²
  • Pisang + Oren (bekal ayah)
Cadangnya nak buat sandwich telur, sekali ayah nak makan Maggi. Tak jadilah buat sandwich. Bami je sorang makan nasi.

Iftar
  • Tomyam ayam
  • Telur dadar
  • Karipap daging
  • Oren
Hidangan berbuka tak ada yang special pun, makan lauk sayur seperti biasa. Cuma ada tambah kuih.
Untuk sahur hampir setiap hari ada kentang goreng, anak-anak request. Nak sedap guna kentang kuning.

AI Info
Kentang kuning dan putih berbeza dari segi tekstur dan kegunaan: kentang kuning mempunyai isi berkrim, lembap, dan rasa lebih berlemak (sesuai untuk bakar/panggang). Kentang putih pula lebih berkanji, tekstur lebih kering/berpasir, dan isinya menjadi lembut atau hancur apabila dimasak (sesuai untuk sup atau lecek). 

Perbezaan Utama:
Kentang Kuning (Yellow Potatoes):
Tekstur: Isi padat, berkrim, dan lembap.
Rasa: Sedikit manis dan berlemak (buttery).
Kegunaan: Sangat baik untuk dibakar, dipanggang, digoreng, atau dibuat salad kerana bentuknya tahan.

Kentang Putih (White Potatoes):
Tekstur: Lebih kering, berpasir, dan berkanji.
Rasa: Rasa yang neutral/biasa.
Kegunaan: Sesuai untuk lecek (mashed potato), sup, atau rebus kerana mudah hancur dan menyerap rasa. 

Secara ringkas, pilih kentang kuning untuk tekstur yang lebih kenyal dan berkrim, manakala kentang putih untuk tekstur yang lebih lembut dan hancur.

No comments:

Post a Comment