Pages

Saturday, February 28, 2026

Tepung Pelita Inn Turun Harga

10 hari puasa, dua kali ibu beli Tepung Pelita Inn.
Kali ni harga 5 biji. RM4.00 sahaja.


Sebelum ini kenaikan setiap tahun 50 sen, Alhamdulillah tahun ni turun pula.
Rasa tetap sama.
Semoga bertambah rezeki penjual.

Ibu tetap beli Tepung Pelita Inn sebab gerai tu kat tepi jalan besar dan drive thru je. Ibu memang malas nak turun kereta pergi gerai-gerai/bazar tepi jalan tempat lain. Satu hal dengan jammed juga mencari parking. Itu sebab kuih yang dibeli hanya Tepung Pelita je setakat ini. Kuih lain karipap beli yang frozen juga popiah Kak Widad buat sendiri.

Nantilah kalau teringin makan kuih lain baru singgah bazar.

No comments:

Post a Comment