Alhamdulillah sampai dah anak² ibu malam semalam.
Risau juga ibu bila Bami drive sorang².. jauh pulak tu. Pesan banyak kali cukup rehat dan kalau penat berhenti dulu. Siap suruh cari hotel kalau tak larat drive. Alhamdulillah jam 11 malam selamat sampai rumah.
Tren Wafi on time. 6.18 pm dah sampai. Kakak Widad jemput dia kat depan pintu keluar. Ibu tunggu kat kereta je. Kali ni ibu kena jemput sebab ayah balik lewat. Stesen KTM dengan rumah dalam 24km je.. tapi nak menyampaikannya sejam juga. Banyak kenderaan terutama kat area Kwasa Damansara dan Jalan Mokhtar Dahari.
Masa diorang makan, ibu balik rumah sekejap, ingatkan lori yang bawa simen konkrit tu nak sampai dah. Rupanya jauh lagi. Ibu pesan kat Cik Ujang untuk tengok²kan dulu sebab nak ambil Wafi & Kak Widad. Bolehlah ibu makan Char Koay Teow yang dah kembang 😬😬.
Tiba di rumah, lori pun sama² sampai. Tunggu tukang ratakan. Kebetulan ayah pun baru sampai.



Alhamdulilah, meriahlah kat rumah dengan gelagat mereka
ReplyDeleteMasa untuk berkelahi wak.. tu yang diorang rindu😆
DeleteTren selalunya on time..jarang lah nak delay..kecuali ada masalah teknikal
ReplyDeleteBertolak jarang delay cuma kat pertengahan jalan yang ada masalah teknikal. Sebelum ni ada beberapa kali sampai lewat 15-20 mins.
DeleteYeay semua dh ada berkumpul.......seronok la Ibu erkk.....
ReplyDeleteSeronok².... cuma nanti adalah tu yang mengadu sana sini. Nama je dah besar tapi apa² cari ibu🤣
Deletealhamdulillah tahun ni dak2 asrama dapat sambut puasa dekat rumah....
ReplyDeleteHaaa.. betul tu Afzan.. dapat berpuasa few days kat rumah pun ibu dah bersyukur.
DeleteMemang risau kalau anak-anak drive seorang diri. Semalam Fuad drive sorang-sorang dari Desaru, Johor ke Tronoh, Perak. Katanya dekat 10 jam baru sampai.
ReplyDeleteUishhh.. jammed sana sini kot tu. Fuad biasa drive jauh ya. Rahimi setakat ni drive paling jauh sorang². Kalau balik kampung biasa tukar² dengan ayah.
DeleteCKT kalau dah kembang tak sedap dah.
ReplyDeleteBetu Cie.. dah jadi koay teow goreng kembang😂
DeleteAlhamdulillah semua anak2 balik rumah sempena cuti panjang 😁
ReplyDeleteYa Maz... kali ni seminggu lah abang dan kakak dapat bersama² adik.
DeleteSenang nyaaaaa anak2 balik ya kak.bisa puasa di rumah hari pertama 🎉☺️. Tuhlaah, sayapun pasti akan kuatir kalau nanti anak2 dah bisa bawa mobil sendiri. Kuatir Kenapa2 apalagi long drive
ReplyDeleteBeberapa tahun tak dapat puasa pertama dengan anak².. itu yang semangat sikit tahun ni.
Delete