Pages

Sunday, February 22, 2026

Jalan² Pasar Seni

Dari KLCC ambik grab ke Pasar Seni. Stesen LRT under construction dan kalau nak ke stesen LRT berdekatan kena berjalan dalam 1 km. Itu yang decide ambil grab je dalam RM24.

Turun kereta memang dah hujan. Ada pesta kat luar ni.

Merdeka 118 Tower kat sana.

Seingat ibu masa zaman belajar bila datang sini, Pusat Seni jual barangan kraf tangan masyarakat tempatan. Namun sekarang dah tak banyak. Adakah sudah tidak relevan? Sekarang ada beberapa kedai je yang jual kraf seperti dari Sarawak. 

Dulu ramai pelukis tempatan menghasilkan karya seni. Lukis potret, karikatur. Mungkin sekarang mudah didapati dari applikasi sahaja.

Pelik nau air yang Kak Widad pilih ni. Nak yang refreshing katanya.

Kedai souvenir.

Cantik² poskad kat sini. Nampak beberapa tourist sedang tulis poskad dan ada disediakan postbox kat luar kedai.

Tengok je tak beli pun ๐Ÿ˜†

Awal² lagi Kak Widad nak cari casing HP dia.

Mula² tertarik dengan design kebaya batik tapi yang tu kalau background gelap baru menyerlah.
Casing camni RM65
Mahallah kalau ibu nak beli untuk diri sendiri. Mujur takde untuk Samsung S series.. katanya kalau nak beli kat website. Takpelah... selamat duit๐Ÿซฃ๐Ÿซฃ

Wafi nak beli pencil case. Ibu macam tak rasa ini product tempatan. Entah² dari China๐Ÿ˜ฌ

Dia pilih ini, RM29 free sulam nama.

Wafi yang mengajak ke Pasar Seni dan salah satu yang dicarinya adalah bangle Stuffy Dreams ni.

Mula² kena pilih saiz bangle. Untuk Wafi pilih saiz 17 dan setiap satu standard charm tu berharga RM1. 

Kemudian pilih charms yang digemari. Setiap charm berharga RM7 Wafi nak 3 je. 

Seperti biasa abanglah yang tolong layan dia. Dia memang akan tanya pendapat abang instead kakak. Yang kakak dah duduk kat kerusi. Malas dia nak melayan si adik.

Ni lah hasilnya.... RM38 seketul ni.

Ingat balik nak naik LRT Pasar Seni tapi kena menapak pula, lepastu sampai LRT Kampung Baru kena jalan kaki lagi untuk sampai ke Concorde Hotel . Dengan keadaan hujan lagi... hassle sangat jadi kita ambil grab juga, RM28. Redha je lah.

Sebelum balik tapau naan+ayam tandoori, megi dan mee goreng kat Restoren Zakhir kalau tak silap namanya. Beli sekali Spanish Latte ZUS sebab kat sebelah je dengan restoren.

Aduhhh... Wafi ternampak pula kedai toys. Bersinar-sinar matanya tengok banyak betul Fuggler kat situ.
Mujur dia kata tak apa lah... lain kali.
Pengsannn...

Dia dah riki-riki nak yang ini.
๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„
 

15 comments:

  1. Wafi sama macam.Adeliya dan Aressa, suka benda2 macam ni...ibunya dah fed up dah...seronok je jalan Pasar Seni kan...lama dah x masuk sini sejak dah x naik bas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin remaja sekolah suka benda2 camtu.
      Ritu kami tengok floor bawah je.. atas tak tengok apa ada.
      Ada satu banner tu tulis lebih kurang "Jangan lupakan kami peniaga di atas".

      Delete
  2. Suka masuk CM jalan2 cuci mata feel macam pelancong. Hihi.

    ReplyDelete
  3. Dulu kerap jugak datang sini. Kat dalam central market tu rasanya takde jual benda2 plushie merapu tu, sekarang dah banyak pulak..
    Yg lukisan2 tu tak silap saya masih ada. Tapi belah2 hujung atau luar sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye lah.. nampak kat satu laluan tapi kami tak masuk sebab bila budak-budak ni dah dapat apa yang dihajati, tak nak ronda lagi dah. Lagipun masa tu nak Maghrib.

      Delete
  4. alamak wafi, menatang apa tu? ni kalau kak M nampak, dia pun suka lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuggler = Funny Ugly Monster
      Aduhhh... janganlah sampai Kak M tersuka... ngeri menatang ni. Tapi yang pelik² lah budak² sekarang suka.

      Delete
  5. Tempat lepak dulu masa cuti semester kalau ke KL hehe, kenangan sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab kat tengah² bandar.. senang nak access naik bas.

      Delete
  6. Dulu selalu ulang alik ke KL Sentral. Tapi tak pernah singgah sini. Rupanya banyak kedai menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kedai dalam tu BK. Dulu lagi lah nampak keMelayuannya bila barang² kraftangan dan cenderahati dijual. Kuih² tradisional pun banyak. Sekarang ada macam market jual makanan.. maybe sama gak jual produk tempatan.

      Delete
  7. Saya dah lamaaaa sangat ke pasar seni. Trakhir 2018 dengan teman2. Ke sana hanya utk beli oleh2. Tp kami carilah yg khas Malaysia, kalau sekedar pencil case yg saya yakin pun buatan China kak ๐Ÿคฃ, tak payahlah.

    Ada 1 kedai ramaaaah sangat penjualnya. Apalagi kami beli banyak coklat Malaysia, Milo, langsung senang dia. Makin murah dikasih harga hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah... at least pencil case corak batik ke songket... tapi mana mau nya si Wafi ni. Tapi memang tak jumpa lah... kot ada kat kedai lain.

      oo ada eh kedai jual coklat... tak explore habis hari tu.

      Delete
  8. Sekarang ni macam-macam jenis jyalan air. Warna-warni. Rasa pun semacam. Ah, saya yang warga emas ni pilih air kisong jew hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam tadi 1st time minum air Mixue.. uishhhh... dia punya manis tu melenting.

      Delete