Hari bekerja Kak Widad sediakan juadah berbuka. Pandai-pandailah nak masak apa dengan bahan basah yang ada. Unless ada request lain.
5 Ramadan
Sahur
Iftar- Ayam Pop KA
- Tempe Goreng + Timun
- Popiah Otak²
- Karipap Sardin
- Tepung Pelita (beli)
6 Ramadan
- Paru Balado
- Bayam+tempe tumis
- Sup ekor (beli)
- Murtabak Daging ( beli)
Murtabak sekeping RM3.50 beli kat kedai yang biasa buat.
7 Ramadan
- Kentang goreng
- Pisang
- Roti wholemeal+peanut butter Jobbie (ayah)
- Siakap Masak Kicap
- Terung Tempura
- Puding Karamel (ni yang biasa bukan resepi KA yang sedang viral😅)
Puding Karamel makan masa moreh sebab belum sejuk lagi time berbuka.
- Mee Celup (beli hari sebelum sekali dengan Sup Ekor tapi tak sempat makan sebab dah banyak juadah)
8 Ramadan
- Maggi Kari 1/2 (ayah rekues)
- Siakap Masak Kicap (leftover)
- Telur Rebus
- Kentang goreng + Popiah Otak²
- Pisang + Oren (bekal ayah)
Cadangnya nak buat sandwich telur, sekali ayah nak makan Maggi. Tak jadilah buat sandwich. Bami je sorang makan nasi.
- Tomyam ayam+carrot+cauliflower
- Telur dadar
- Karipap daging
- Oren
Hidangan berbuka tak ada yang special pun, makan lauk sayur seperti biasa. Cuma ada tambah kuih.
Untuk sahur hampir setiap hari ada kentang goreng, anak-anak request. Nak sedap guna kentang kuning.
AI Info
Kentang kuning dan putih berbeza dari segi tekstur dan kegunaan: kentang kuning mempunyai isi berkrim, lembap, dan rasa lebih berlemak (sesuai untuk bakar/panggang). Kentang putih pula lebih berkanji, tekstur lebih kering/berpasir, dan isinya menjadi lembut atau hancur apabila dimasak (sesuai untuk sup atau lecek).
Perbezaan Utama:
Kentang Kuning (Yellow Potatoes):
Tekstur: Isi padat, berkrim, dan lembap.
Rasa: Sedikit manis dan berlemak (buttery).
Kegunaan: Sangat baik untuk dibakar, dipanggang, digoreng, atau dibuat salad kerana bentuknya tahan.
Kentang Putih (White Potatoes):
Tekstur: Lebih kering, berpasir, dan berkanji.
Rasa: Rasa yang neutral/biasa.
Kegunaan: Sesuai untuk lecek (mashed potato), sup, atau rebus kerana mudah hancur dan menyerap rasa.
Secara ringkas, pilih kentang kuning untuk tekstur yang lebih kenyal dan berkrim, manakala kentang putih untuk tekstur yang lebih lembut dan hancur.

.jpg)









Simple je kan...yang simple tu yang kenyang dibuatnya...eh esok sahur nak makan telur setengah masak la....eh..tapi ada check up utk follow up...ah..lantak la...nak jugak
ReplyDeleteKihkih... protein kan.. tak ok eh makan sebelum check-up atau memang kena puasa dari malam macam PZ ritu. Hari lain boleh makan😆
DeleteSy pun masak lauk mcm biasa je Kak utk berbuka. Jadi meriah @ banyak tu bila jiran/kenalan kongsi rezeki.
ReplyDeleteKawi masih kelas online ke Kak?
Masak cam biasa sebab itu pun yang dicari masa buka. Biar kenyang😁 Haaa... best tu ada yang berkongsi rezeki.. meriah lah meja makan.
DeleteKawi sekarang cuti sem, akhir bulan 3 masuk Sem 6.
Rumah Cie pun sama je menu berbuka dan menu hari biasa. Kuih pun husb sorang je makan.
ReplyDeleteKuih tu buat meramaikan majlis je hehe
DeleteParu berlado tu sedapp.
ReplyDeleteTgok popiah bigmac ni, teringat last week ada buat n simpan separuh dlm freezer. Nnti berbuka nak goreng la
Akak tak sangka bigmac tu begitu sedap.. agaknya sebab ada pickles kot.
DeleteWah, sampai dah ayam pop KA atas meja.
ReplyDeleteMaknya takde rajin nak follow resepi... sub kan pada Widad je😆
DeleteBetul menu bulan puasa kami memang sama yang hari2.
ReplyDeleteDah itu pun yang diorang biasa makan kan.. lagipun nak yang mudah² je.
Deletewah..jadi la ayam pop kawi
ReplyDeleteDia kasi jadi 😅
DeleteSetakat ni resepi tu je lah yang dia buat.