Pages

Tuesday, February 24, 2026

Moreh Jumpa Roti Canai Sedap

Malam tadi lepas terawih ibu ke rumah Cik As hantar duit sumbangan kawan² atas kematian bonda Cik As. Nampak Restoren Mastan tepi jalan... terus rasa teringin nak makan roti canai. Sebenarnya ibu dah pangkah roti canai resto mamak sebab kerap dapat yang tebal dan liat. 

Nak cari orang Melayu buat kena pergi hari cuti. Bila hari cuti malas pulak pagi² nak cari sarapan kat luar.

Aci lah kan.... hari lain sahur dan buka puasa minum air kosong je. Teh tarik ni nengok kaler tak menarik😬😬😬 tapi Kak Widad approved sebab secukup rasa dan kurang manis.

Bila sampai roti canai, tengok tekstur dah happy.. nampak nipis dan garing.
Bila koyakkan dia.. fuhhhhh... ini yang ibu mau.. lembut. Nampak dia punya slices.

Approved... roti nya nipis, lembut di dalam dan garing di luar.

Kuah dhal+kari.

Makan berdua dengan Kak Widad tapi dia cuit² sikit sebab masih kenyang.

Alamak Kawi... ibu macam tak cukup lah

Order lagi sekeping🤭🤭

Cuma kali ni macam geseng/hangus sikit, ada rasa pahit.. tapi sebab sedap.. habis juga.

Yang ni ibu minta kuah dhal je.

Dah share location kat grup adik beradik sebab ada yang nak moreh bila mereka balik rumah nenek. Biasa kalau nak ke resto mamak, kena pergi Eco Grandeur sana. Padahal kat kampung sendiri ada 2 restoren mamak. Pelik juga camne mereka boleh masuk market kampung. Biasakan resto² mamak ni kat pekan². 

Harap lepas ni datang lagi masih sama lah roti canainya... takut tukang masak lain, lain pula teksturnya. 

27 comments:

  1. Sebelum puasa hari tu makan capati je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Capati lagi sihat Cie.. jarang jumpa capati kat sini.

      Delete
  2. wah best ni kalau dapat yang nipis dan garing. Geseng pun sedap janji nipis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mencari yang kena dengan selera ambil masa kak... Alhamdulillah dah jumpa.
      Hehe.. geseng² pun enak😁

      Delete
  3. Ish...akak ni buat SA teringin la...mana plak nak mencari ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA laaa yang selalu tunjuk bekfes roti canai bikin orang teringin.. ni akak balas dendam😁

      Delete
  4. kalau dekat Melaka..kita dh tahu mana kedai ada roti canai memalam dan sedap.. kat selayang memang jumpa mamak je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh beno sampai Melaka... tapi kalau dah sedap memang situ je lah yang dituju kan.

      Delete
    2. hahhaa...dulu kan duduk melaka

      Delete
  5. Suami ajak moreh roti canai gak ni....

    ReplyDelete
  6. Hebat kampung Akk, ada restoran mamak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kennnnn.... padahal 100٪ penduduk Melayu. Kedai Chinese ada 2-3 je itupun mereka tak duduk sini dan dah lama sangat meniaga dari akak kecik lagi. Tiba² masuk geng mamak pulak.

      Delete
  7. Susah jumpa kedai mamak roti canai sedap dan tak liat. Yang ni mantap lah.

    ReplyDelete
  8. Pernah makan jugak roti canai sedap dan lembut walaupun sejuk. Orang perempuan yang buat. Rare sangat waktu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh.. hebat tu.. camne lah dia tepuk nak bagi lerai.

      Delete
  9. Masalahnya kami brp malam dh en suami ajak keluar moreh, tp selalu je x jadi sbb ibu dh ngantok.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu Jumaat malam lah KM sebab esoknya cuti.

      Delete
  10. Nah betuuuul. Beberapa kali makan roti canai di Kedah mamak, dpt yg keras dan tebal. Makanya saya lebih suka roti telur kak, Krn LBH lembut kan. Tp kalau canai dapat yg tipis begini, memang sukalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga idea roti canai telur tu.. tak terfikir pula.

      Delete
  11. tu lah kdg2 bila btukar tkg masak mesti jd kurang sedap kan hehehe

    ReplyDelete
  12. Saya suka roti canai yg garing2 dan nipis camni! Selalu org buat tebal.. cepat muak

    ReplyDelete
  13. Sedap sangat tu sampai repeat order. Saya pun suka ya g nipis dan garing.

    ReplyDelete