Pages

Monday, February 2, 2026

Percepatkan Proses 'Defrost' Ayam


Baca ni di FB Public Health Malaysia

"Betul ke letak garam ayam cepat cair? Ke mitos orang tua je?"

Viral di media sosial tips rendam ayam beku (keras kejung) dalam air garam untuk percepatkan proses 'defrost'.

Jawapan dari sudut sains: YA, IA BERKESAN & BOLEH DIBUAT. 

Ini bukan sihir, ini Fizik & Kimia.

1. Kenapa Cepat Cair?
Garam mempunyai sifat merendahkan takat beku air. Bila garam larut dalam air rendaman, ia mempercepatkan pertukaran haba. Ais pada ayam akan mencair lebih pantas berbanding rendam air paip biasa.

2. Bonus: Ayam Jadi 'Juicy'!
Dalam dunia masakan, ini dipanggil teknik "Brining". Air garam akan meresap sikit ke dalam isi ayam, memecahkan struktur protein, menjadikan isi ayam lebih lembut dan berjus bila dimasak. Tak ada la rasa macam makan kertas pasir.

TAPI, ADA SYARAT KESELAMATAN! 

Jangan main hentam je. Sila ikut SOP ini:
❌ JANGAN GUNA AIR PANAS: Gabungan air panas + ayam mentah adalah "parti liar" untuk bakteria membiak. Guna air suhu bilik atau air sejuk sahaja.

❌ JANGAN BIAR TERLALU LAMA: Bila dah lembik, terus masak. Jangan biar berjam-jam pada suhu bilik.

✅BILAS BERSIH: Bagi mereka yang ada darah tinggi, sila bilas ayam tu bersih-bersih lepas defrost untuk buang lebihan sodium.

Selamat mencuba! Jimat masa, ayam pun sedap.

Biasa ibu defrost guna microwave kalau nak cepat. Kalau banyak masa, rendam dalam air biasa je.

2 comments: