Pages

Sunday, February 22, 2026

Suasana CNY Di Suria KLCC

Lepas makan Abang Imi nak cari Brands Outlet tapi tak jumpa pula. Itu yang masuk Uniqlo.
Bami dan Wafi berdua je masuk, ibu dan Kakak Widad jalan-jalan sekitar. 


Kat tengah-tengah ada hiasan CNY. 
Penuh warna merah dan pink.





Depan Uniqlo ada O'Briens. Masuk situ dah order sandwich.

Kak Widad check Triple Decker ni signature kat sini.
Ambillah satu. Makan kat bilik.

Dah dia teringin aiskrim Godiva. Katanya tempat lain tak jumpa.
uishhh.... seketui tu RM30
Mujur lah sedap. Rasa coklatnya sedap dan tak manis.

Si Wafi masa ni dah moody... entah apa yang tak kena.. tetiba je.
Rasanya masa tu abang dia masih bolak-balik nak pergi Central Market atau tidak. Ye lah.. nak ke sana kalau naik LRT kena jalan jauh sikit sebab LRT stesen kat KLCC tu tengah renovate. 


Keluar kejap ambil gambar kat luar.
Takde lah ramai orang masa tu... mungkin ramai yang sudah bercuti atau balik kampung.
Ataupun ramai yang bekerja pada hari Isnin.
 

1 comment:

  1. Meriah deconya tu. Huihhh aiskrim tu boleh tahan harganya. Coklat tu yang mahal.

    ReplyDelete