Pages

Monday, March 30, 2026

8 Syawal - Sambung Beraya

Sabtu, dari rumah Acik Ina balik rumah dulu, solat Zohor dan rehat². Tunggu Cik Ujang, Cik Elis dan Cik Cha sama-sama nak ziarah raya rumah Atuk Usu. Jumpa kat sana je.

Atuk Usu merupakan adik bongsu nenek. 
Nenek ada 7 beradik.
4 keluarga dah ramai camni... adik beradik lain sudah sampai pada hari raya kedua.

Lepastu ziarah raya rumah Atuk Pingi, adik kedua arwah atuk. Atuk Pingi takde kat rumah sebab sabit rumput untuk lembu²nya. Nenek Jariah je yang ada. Masa ambil gambar ni yang lain dah masuk kereta.

Sabtu ulangtahun kelahiran ayah yang ke 53. Semoga ayah terus sihat.

Ada masa lagi jadi kami terus ke rumah Cik Nora. Cik Nora dah siapkan bakso bila tahu kami ada kat rumah Atuk Usu. Ditanya kenapa tadi tak singgah dulu. Better kami datang kemudian sebab boleh lepak lama sikit.

Bakso Cik Nora setakat ni paling sedap.

Nanas Yankee terpaling manis baru petik dari pokok tepi rumah.

Sebelum Maghrib kita sampai rumah dah. Ibu jam 9.30 malam terus cari bantal. Mata dah rabak huhu

Jam 10.30 malam, Cik Baya & Cik Cha bagi salam. Mujur Abang Imi tak tidur lagi. Ingatkan tak singgah. Puas jugalah ibu tidur sejam tu. Ibu hidangkan karipap panas dan kek Mamasab selain dari kuih raya. Nak hidang nasi minyak semua dah kenyang.
 

4 comments:

  1. Raya ke4 hari tu pun kakak cie buat bakso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga kalau hidangkan tetamu bakso... tak terlalu berat, jadi yang taknak makan nasi boleh pilih sup².

      Delete
  2. Kurus suami akak...Semoga cepat sihat ye...sedapnya bakso..SA kalau nak makan bakso mintak mee kuning...x pandai makan ngan bihun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kurus... ritu puasa memang tak selera makan. Ni macam dah mula berselera makannya.
      Oo suka mee kuning ya.. akak kalau ada pilihan memang ambil mee megi atau suhun/bihun.

      Delete