Pages

Wednesday, July 15, 2026

Aktiviti Anak²

πŸ•️ KEM PERKHEMAHAN PERDANA UNIT UNIFORM TINGKATAN 4 (2026)
πŸ“… Tarikh: 9–10 Julai 2026 (Khamis-Jumaat)
πŸ“ Tempat: Pusat Kokurikulum
 

Grup Wafi terdiri dari pelajar Persatuan Puteri Islam dan Kor Kadet Polis.



Aktiviti yang dijalankan. 
Malam mereka ada buat BBQ.. tak jumpa pulak gambar Wafi, mesti jadi tukang makan je πŸ˜‚

Sekolah ada tapak kokurikulum yang luas jadi bolehlah aktiviti camping dijalankan dalam sekolah sahaja. 

Kerja berpasukan, macam buat cara ikatan.

Masing-masing kena set-up khemah sendiri. Satu grup 3 orang. Jadi bila malam, bertiga tidur dalam satu khemah. Wafi kat panas lah malam-malam, mujur jugalah dia ada bawa kipas kecik.

Malam ada campfire.

Solat di Dewan Terbuka.
Ada tu Wafi... depan sebelah kanan 😁

πŸƒ‍♂️πŸƒ‍♀️ SUKANTARA TAHUN 2026
πŸ“… 21 & 22 Jun 2026

Wafi masuk larian je itu pun nak cukupkan syarat. 
Bagi acara merejam lembing dia jadi reserve je, jadi tak dapatlah mata untuk rumah.

πŸ† KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN (KOT) KALI KE-51 TAHUN 2026 πŸƒ‍♂️πŸƒ‍♀️
πŸ“… Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)
πŸ“ Tempat: Padang Utama 

πŸŽ‰ Keputusan Keseluruhan Rumah Sukan
πŸ₯‡ Johan: Rumah Laksamana
πŸ₯ˆ Naib Johan: Rumah Bendahara
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: Rumah Temenggung
πŸ… Tempat Keempat: Rumah Panglima


Acara Kawad Kaki Persatuan, team Wafi jadi juara.

Ingatkan tak masuk sebab dia cari uniform Puteri Islam tak jumpa. Lepastu cakap ibu tak masukkan dalam beg. aihhh.... ibu ingat lagi masa last balik akhir tahun, ibu basuh baju tu dan terus masuk luggage. Takdenya ibu nak simpan tempat lain. Lepas tu tanya siapa pulak dia pinjamkan.

Haaa.. itu lah masalahnya si Wafi ni. Rajin pinjamkan barang lepastu tak tau nak minta balik kalau kawan tak pulang, lepastu lupa 😬😬. Bila nak pakai tak ada, cari ibu! 

Untuk kawad ni, Wafi pinjam uniform PPI senior. Balik ritu kan hari yang sama dia KOT, jadi ibu ada basuh. Minta dia terus pulang kat senior bila sampai asrama.

Semalam kakak final paper, subjek Data Mining.
Submit juga Final Year Project (FYP).
Alhamdulillah, selesai pembelajaran degree dalam kelas kakak selama 3 tahun.
Insyaallah next sem akan intern.

Dah boleh rehatkan minda dulu.

Kakak dan BFF merangkap teman sebilik di rumah sewa.

Group photo bersama coursemate selepas exam.
Kakak sedih dah masa ni sebab lepas ni masing-masing akan ikut haluan sendiri, bila akan jumpa pun tak pasti.

Abang Rahimi pula last day intern Jumaat 17/7/2026, hari yang sama ibu ayah ke Terengganu. Jadi tak dapatlah sama-sama ambil Kak Widad.

4 comments:

  1. selamat masuk ke dunia tipu2 kak widad.. semoga kental.. hihihi...

    ReplyDelete
  2. Perghh mcm² aktiviti abang kakak adik...

    ReplyDelete
  3. sama dengan Pia,senior minta nak pinjam uniform pastu tak pulang buat2 lupa,Pia pula takut nak pergi jumpa minta semula dengan senior tu...aishhh la anak
    kejap je masa kak widad dah habis bljr,dah nak masuk alam pekerjaan

    ReplyDelete
  4. Bila tenguk aktiviti ni rasa nak balik jadi pelajar seronok bila ada aktiviti macam ni. Dulu tak ada huwaaaaa

    ReplyDelete