Haaa... marilah kita memenuhi kehendak Puan Hazel cara-cara menyiang ubi keladi.
ehhh... menyiang tu macam siang ikan atau siang sayur pulak. Tapi maksudnya sama je kan iaitu membuang kulit.
Mungkin ada cara yang lebih baik tapi camni je yang ibu belajar dari nenek.
Gambar agak blurr sebab buatnya pun jam 6 pagi Jumaat. Nak siapkan untuk breakfast Wafi.
Boleh juga lapik dengan surat khabar nanti terus buang.
Jumaat pagi tu ibu guna tepung serbaguna Bestari yang original sebab lupa nak beli tepung gandumππ . Bila guna tepung segera, gorengan cepat perang jadi gunakan api sederhana. Mungkin tepung serbaguna tu ada campuran serbuk bikarbonat.
Kupas kulit tu agak² lah tebal gitu.
Awas ya.. kadang ada keladi yang gatal, jadi bolehlah pakai sarung tangan plastik.
Setakat ni ibu tak pernah pakai sarung tangan lagi.
Tu kalau buat asam pedas batang keladi pun sedap ada bahagian ubi sikit..
Ibu suka potong nipis.
Kemudian sediakan bancuhan (batter) tepung atau sediakan sebelum kupas keladi.
Ibu biasa guna tepung gandum + garam + serbuk kunyit + air.
Bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.
Boleh juga guna tepung ready made untuk goreng pisang tapi anak-anak kurang gemar. Lagipun ia akan cepat rasa muak bila makan banyak-banyak.
Jumaat pagi tu ibu guna tepung serbaguna Bestari yang original sebab lupa nak beli tepung gandumππ . Bila guna tepung segera, gorengan cepat perang jadi gunakan api sederhana. Mungkin tepung serbaguna tu ada campuran serbuk bikarbonat.
Balik kerja ibu tanya ok tak keladi goreng pagi tadi, ok cuma masin sikit.
Mujur Wafi tak perasan yang ibu guna tepung Bestari.
Bila goreng guna tepung Bestari takde lah keluar serdak-serdak macam guna terpung serbaguna khas untuk goreng pisang dsb.








Wah enak banget keladi goreng ngan sambal kicap. Kita kn serba membeli jadi bhg tampuk sayang dibuang sedap buat asam rebus
ReplyDeleteDulu masa akak amali sains biologist rasanya. Dapat ikan untuk lukis I sang Dan dalam ikan. Kawan akak pi siang ikan tu bersih macam nak buat masak. Sekali bila ternampak kawan sebelah lukis insang ikan baru kelam kabut cari sisa ikan yang dah Di buang. Bila kat hostel jadi bahan gelak kami satu dorm.
ReplyDeletesedapnya kak keladi goreng cicah sambal kicap..nak cari keladi juga la nanti,kalau mak saya asal ada keladi mesti buat pengat
ReplyDeletesedap tu keladi goreng..nk plak kalo cicah sambal kicap
ReplyDeleteAkak kalau goreng keladi tu bukan ketumbar biji masukkan dalam tepung bancuh an. Sedap apa lagi kalau cecah sambal kicap layan kopi o perghhh hujan plak tu kat luar
ReplyDeleteBubuh ketumbar biji yangvdivtumbuk halus dalam bancuh an tepung
Delete