Patutnya Wafi je temankan Kakak Widad ke Majlis Perkahwinan kawan Poli kakak di Kajang. Ikut perancangan malam tu kat rumah nenek ingat nak buat BBQ tapi ramai yang dah ada program. Bila dah gitu tak perlu lah ibu prepare makanan. Tak ada apa nak buat, follow je lah Kawi.
Majlis diadakan di Dewan Melor Garden Wedding, Kajang.
Bolehlah Wafi senyum sebab dah makan. Perjalanan hampir sejam, bila cuti panjang banyaklah kenderaan. Wafi hampir nak muntah sebab perut kosong. Itu pun hanya makan telur separuh masak 2 biji. Kat area highway mana entah ibu lupa ada RnR. Jadi singgahlah beli buah dan roti buat alas perut.
Tahniah buat Nilam dan suami.
Dah alang-alang sampai Kajang, ajomlah singgah rumah Cik Ami.
Jumpa dak Bella tut tut..
Keluarkan Minnie Mouse nak tunjuk kat makngah.
Ajak Cik Ami dan anak-anak jalan-jalan sebab mereka tak ke mana-mana, Cik Amir kerja.
Waktu cuti panjang ni lah ada problem kat kilang. Bila dah jadi orang besar, tanggungjawab pada syarikat juga menjadi priority.
Makin lama makin tak paham lah blog ni.. gambar yang diupload semua makin pecah.. jadi tak sharp.




Apa lagi masalah blog ye... rasa macam dah tak berapa rajin nak update lah.
ReplyDeleteItu lah x tau.. ni pun semalam takleh komen... macam 24 jam baru ok.
DeleteTahniah pengantin. Comel patung minnie nya tu.
ReplyDeleteDia kata orang bagi.. padahal mak sedara yang bagi.. sabar je lah budak Bella ni.
DeleteTahniah kepada pengantin ya. Nama sangat klasik tu Nilam....
ReplyDeleteKalau tak silap Nur Nilam Sari.
DeleteSelalu sukaaa lihat makeup Kawi ππ. Wafi pun dah pandai agaknya make up yaaa. Sama lah dengan anak saya yg perempuan. Mereka nih memang cepat sangat menyerap segala sesuatu
ReplyDeleteSaya tak paham juga ada beberapa blog yg foto memang jadi pecah, atau jadi memanjang gambarnya. Tapi kalau diklik, bagus lagi kak.
Kawi dia belajar tutorial dari video je.. dia minat lah bab-bab mekap ni.
Deleteoo ye lah.. kalau diklik ok. tak pernah pulak klik gambar dari blog sendiri π
Lawa make up anak-anak daranyaπ
ReplyDeleteBanyak sangat nengok YT.. terikut² nak mekap.
DeleteCantik kedua anak dara akak. Saya nampak apam balik di situ, jadi gambar akak jelas, buka guna laptop. π
ReplyDeleteHehe.. feveret diorang tu.
DeleteAkak update dan tengok kat laptop yang jadi pecah gambarnya. Bila click baru nampak ok.
Dapatlah ibu teman sekali daripada tak ada apa nak dibuat kan. Cantik anak dara dua orang ni. Mewarisi kecantikan ibu. ehem ehem...
ReplyDeleteDari tak ada plan, terus ada plan. Dapat jugalah jalan-jalan dengan dorang sekali. Seronoklah Bella dapat jalan-jalan dengan kakak sepupu dan MakNgah.
Entahlah blogspot ni. Macam-macam hal pulak dia.
Auchhh... ehemmmmm... ☺️☺️☺️
DeleteBella ni dah besar sikit baru lah nak dengan orang. Dulu jangan haraplah... ciwek.. takleh orang dekat kat dia.
Sabar sis.. sabar.. hahaha..
ReplyDeleteComel je dedua anak dara tu
Cuba bersabar lah niπ
DeleteHarap lepas ini ada rezeki nak JJCM kat area Kajang pulak
ReplyDeleteKajang saya tau sate dia je.. tempat lain masih tak familiar.
DeleteBlogspot ni nak resign dah ke agaknya erk...dah la domain kita bayar..dia suka2 je nak buat masalah..ni hari ni xde entry baru kat reading list..pas tu hari ni x leh masuk gambar plak...geram betul la....
ReplyDeleteehh.. yang takleh masuk gambar tu pun ada gak terjadi... ingatkan line slow.
Deletelawanya lahai kawi ni.
ReplyDeletebukan je masalah gambar pecah, nak upload gambar pun kadang2 rasa nak hempuk je. kenalah guna teknik copy di gallery, pastu paste di entry. gedik aihhhhh
Mekap tu ammiπ
DeleteArrr.. patutlah lately nak upload gambar tak lepas... akak ingatkan masalah internet.