Pages

Friday, September 4, 2026

Temankan Kak Widad

Cerita Sabtu 29.8.2026 lepas.
Patutnya Wafi je temankan Kakak Widad ke Majlis Perkahwinan kawan Poli kakak di Kajang. Ikut perancangan malam tu kat rumah nenek ingat nak buat BBQ tapi ramai yang dah ada program. Bila dah gitu tak perlu lah ibu prepare makanan. Tak ada apa nak buat, follow je lah Kawi.

Majlis diadakan di Dewan Melor Garden Wedding, Kajang.

Bolehlah Wafi senyum sebab dah makan. Perjalanan hampir sejam, bila cuti panjang banyaklah kenderaan. Wafi hampir nak muntah sebab perut kosong. Itu pun hanya makan telur separuh masak 2 biji. Kat area highway mana entah ibu lupa ada RnR. Jadi singgahlah beli buah dan roti buat alas perut.

Tahniah buat Nilam dan suami.
 
Dah alang-alang sampai Kajang, ajomlah singgah rumah Cik Ami.
Jumpa dak Bella tut tut..
Keluarkan Minnie Mouse nak tunjuk kat makngah.

Ajak Cik Ami dan anak-anak jalan-jalan sebab mereka tak ke mana-mana, Cik Amir kerja.
Waktu cuti panjang ni lah ada problem kat kilang. Bila dah jadi orang besar, tanggungjawab pada syarikat juga menjadi priority.

Makin lama makin tak paham lah blog ni.. gambar yang diupload semua makin pecah.. jadi tak sharp.

22 comments:

  1. Apa lagi masalah blog ye... rasa macam dah tak berapa rajin nak update lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah x tau.. ni pun semalam takleh komen... macam 24 jam baru ok.

      Delete
  2. Tahniah pengantin. Comel patung minnie nya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kata orang bagi.. padahal mak sedara yang bagi.. sabar je lah budak Bella ni.

      Delete
  3. Tahniah kepada pengantin ya. Nama sangat klasik tu Nilam....

    ReplyDelete
  4. Selalu sukaaa lihat makeup Kawi πŸ‘πŸ‘. Wafi pun dah pandai agaknya make up yaaa. Sama lah dengan anak saya yg perempuan. Mereka nih memang cepat sangat menyerap segala sesuatu

    Saya tak paham juga ada beberapa blog yg foto memang jadi pecah, atau jadi memanjang gambarnya. Tapi kalau diklik, bagus lagi kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawi dia belajar tutorial dari video je.. dia minat lah bab-bab mekap ni.

      oo ye lah.. kalau diklik ok. tak pernah pulak klik gambar dari blog sendiri πŸ˜…

      Delete
  5. Lawa make up anak-anak daranya😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat nengok YT.. terikut² nak mekap.

      Delete
  6. Cantik kedua anak dara akak. Saya nampak apam balik di situ, jadi gambar akak jelas, buka guna laptop. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. feveret diorang tu.
      Akak update dan tengok kat laptop yang jadi pecah gambarnya. Bila click baru nampak ok.

      Delete
  7. Dapatlah ibu teman sekali daripada tak ada apa nak dibuat kan. Cantik anak dara dua orang ni. Mewarisi kecantikan ibu. ehem ehem...

    Dari tak ada plan, terus ada plan. Dapat jugalah jalan-jalan dengan dorang sekali. Seronoklah Bella dapat jalan-jalan dengan kakak sepupu dan MakNgah.

    Entahlah blogspot ni. Macam-macam hal pulak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auchhh... ehemmmmm... ☺️☺️☺️
      Bella ni dah besar sikit baru lah nak dengan orang. Dulu jangan haraplah... ciwek.. takleh orang dekat kat dia.

      Delete
  8. Sabar sis.. sabar.. hahaha..
    Comel je dedua anak dara tu

    ReplyDelete
  9. Harap lepas ini ada rezeki nak JJCM kat area Kajang pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kajang saya tau sate dia je.. tempat lain masih tak familiar.

      Delete
  10. Blogspot ni nak resign dah ke agaknya erk...dah la domain kita bayar..dia suka2 je nak buat masalah..ni hari ni xde entry baru kat reading list..pas tu hari ni x leh masuk gambar plak...geram betul la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh.. yang takleh masuk gambar tu pun ada gak terjadi... ingatkan line slow.

      Delete
  11. lawanya lahai kawi ni.
    bukan je masalah gambar pecah, nak upload gambar pun kadang2 rasa nak hempuk je. kenalah guna teknik copy di gallery, pastu paste di entry. gedik aihhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekap tu ammiπŸ˜†
      Arrr.. patutlah lately nak upload gambar tak lepas... akak ingatkan masalah internet.

      Delete