Cerita 24/9, lepas kerja ibu ke SCM untuk beli hadiah kawan. Otw tu Kawi call bagitau nak join sekali padahal cadangnya balik kerja nak singgah rumah nenek tengok Auni.
Hadiah kawan ibu beli kat Lovely Lace memandangkan Sabtu ni ada makan² sempena masuk rumah baru yang direnovate besar²an. Nak potluck makanan, kawan ibu kata tak perlu, mungkin sebab dah banyak menunya.
Lepas beli hadiah, ibu ajak Kawi dinner di Dubu Yo.
Biasa lalu je tak pernah masuk pun.
Dalam set ni ada :
๐ฒ Soondubu Jigae ayam — sup Korea berkuah panas dengan tauhu lembut dan isi ayam.
๐ Nasi DubuYo — nasi campuran beras putih dengan beras hitam Korea untuk dimakan bersama sup.
๐ฅฌ Banchan — hidangan sampingan Korea, biasanya termasuk kimchi, lobak jeruk dan sayur berperisa.
Lepak lah kejap dengan Kawi tanya tentang intern dia... masa tu baru beberapa hari Kawi masuk kerja.
Lepas subuh gerak, petang dalam 6.45 baru sampai rumah.
Balik pengsan kepenatan.
Seminggu dua lah camtu sementara nak adapt.
Alhamdulillah dah masuk hampir 5 minggu ok dah.
Semoga Kawi terus bersemangat sepanjang menjalani latihan praktikal, memperoleh banyak pengalaman yang berharga, dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.
Semoga sukses selalu! ๐ช๐ป✨



No comments:
Post a Comment